Saturday, August 15, 2015

3000 Sudah Sertai GHB Selangor... Yang 3 Ribu Tu Memang Sokong Perjuangan DAP

14 Ogos 2015, Shah Alam : Seramai 3,000 individu sudah mendaftar sebagai ahli Gerakan Harapan Baru (GHB) Selangor.

Penyelaras GHB Selangor, Izham Hashim, berkata jumlah itu akan bertambah sebelum pengumuman penubuhan parti politik baharu itu pada 31 Ogos ini.

"Sekarang GHB bergerak sebagai gerakan rakyat dan kita jangkakan ia akan mencecah 10,000 keahlian atau lebih sebelum parti baharu ini diumumkan.

"Sebanyak 90 peratus terdiri daripada ahli PAS manakala selebihnya adalah dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya pada sidang media pengumuman penubuhan GHB Selangor, di sini, pagi ini. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment