Saturday, August 15, 2015

Adun Bukit Payong Hentam YBM Raja Bahrin dan Syed Azman?

Ketua Penerangan Pas Terengganu merangkap ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah mendakwa Gerakan Harapan Baru (GHB) tanpa segan silu menggunakan aset Pas, bagi memusnah parti.

“Pas Terengganu telah terkedepan dalam membawa harapan rakyat untuk hidup dibawah pemerintahan Islam yang syumul. Jika ada dakwaan yang mengatakan bahawa ada Gerakan Harapan Baru yang cuba diketengahkan, maka ianya ternyata ketinggalan,’ katanya

Dengan program yang telah berjalan serta mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan akan datang Program HARAP 3.2 pula akan menyusul, maka harapan baru apa lagi yang mahu diketengahkan terutamanya di Terengganu?.

Adakah harapan untuk menang? Soal Mohd Nor yang juga Adun Pas Bukit Payong.

“ Dan jika kita kalah kerana ikut Islam, itu lebih baik daripada menang tetapi menjadi hamba kepada manusia. Apatah lagi jika manusia itu, manusia kafir yang melawan Allah? “ tegasnya mengulas kehadiran GHB pimpinan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Jadi apakah harapan baru itu? Tiada harapan baru yang dijanjikan kecuali membuka “Harapan Baru” kepada Umno bagi mengalahkan PAS dengan bantuan mereka. Itu sahaja harapannya, ujarnya.

Cuma mungkin harapan PAS ialah agar berundurlah dengan cara terhormat jika mahu menubuhkan parti baru.

Para ulamak PAS dituduh dan diratib akan ber”UG” dengan Umno, tetapi perangai kumpulan yang mengata itu juga tak ubah seperti Umno  aset PAS bagi memusnahkan PAS itu sendiri.

Sedangkan infak harta atau derma itu untuk PAS bukan untuk parti luar .

Kepada GHB  jangan memecahbelahkan umat  yang akhirnya akan memberikan kemenangan kepada Umno.

“Dan marilah kita bina Islam yang sebenar-benarnya bukan Islam yang mengikut acuan ideologi manusia, “ ujarnya dalam facebook beliau.

Penulis melihat suasana Pas Terengganu semakin kelam kabut, berikutan pengumuman Ahli Parlimen Pas Kuala Terengganu, Dato’ Raja Bahrin Shah sebagai Pengerusi GHB Terengganu.

Adakah rakan karib Raja Baharin, Adun  (Pas) Batu Burok, Syed Azman dan Adun Pas Ladang, Dato’ Tengku Hassan dan lain lain lagi  akan mengikuti jejak langkah Raja Bahrin menyertai GHB?

Baru ini pun Syed Azman mengadakan sambutan raya bersama Raja Bahrin di Cendering, apakah itu tanda sokongan Adun Pas Batu Burok kepada perjuangan Raja Bahrin yang diumumkan Pengerusi Penaja GHB? 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment