Saturday, August 22, 2015
Ahmad Maslan Sanggup "Terima Peluru" Demi Perdana Menteri
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menyatakan dirinya sedia mati menerima tembakan bertubi-tubi bagi mempertahankan parti dan menyelamatkan nyawa presiden.
Ahmad Maslan berkata, beliau telah menanam sifat pantang berundur sebelum berperangan dan sentiasa berada di hapan pemimpin untuk mempertahankan anggotanya dan juga presiden.
"Kalau ditanya Ahmad Maslan adakah sanggup menerima peluru supaya Datuk Seri Najib Razak tidak kena, Ahmad Maslan akan kata saya sanggup menerima segala peluru," kata Ahmad Maslan dalam Majlis Perasmian Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa
Beliau juga menjelaskan tidak adil apabila orang ramai mencemuh kepada Najib kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab memburuk-buruknya, tetapi tidak pula menghargai dengan apa yang telah disumbangkan perdana menteri itu kepada negara.
Tambahnya, bermacam-macam kebaikan yang telah disumbangkan Najib kepada negara, namun disebabkan satu berita keburukan pihak luar itu habis semua kebaikan yang dilakukan dilupakan.
"Saya harap saudara-saudara kita buka minda kita, Datuk Najib telah laksanakan seribu satu macam kebaikan, kenapa dengan hanya diceritakan tentang satu kisah dana politik, perkara-perkara kebaikan yang telah dilakukan tidak diceritakan?" katanya.
Ahmad Maslan juga menasihati rakyat di negara ini supaya menjadi bijak dalam menilai sesuatu berita yang disebarkan dan berharap rakyat tidak terus mempercayai fitnah yang telah ditaburkan kepada perdana menteri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment