Tuesday, August 18, 2015
Azwan Ali @ Diva AA Diugut Pukul Selepas Kutuk Muhyiddin.. Terus Buat Report
Kerana mengkritik bekas Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin
didalam laman Instagramnya, pelakon dan pengacara Azwan Ali atau lebih
dikenali oleh netizen sebagai Diva AA kini terpaksa membuat laporan
Polis.
Laporan tersebut dibuat oleh Azwan kerana terdapat satu ugutan untuk mencari dan memukulnya didalam instagram tersebut.
Seorang lelaki yang menggunakan nama razaleesaudi91 telah mengeluarkan
kenyataan mengugut untuk mencederakan selebriti itu kerana dikatakan
menyentuh soal politik khususnya berkenaan Muhyiddin Yassin.
Ekoran dari ugutan individu berkenaan, ramai peminat Azwan menyarankan
agar laporan Polis dibuat demi keselamatan pengacara terbabit. Dan
sejurus selepas itu Azwan memuat naik beberapa keping gambar beliau yang
berada di balai Polis.
Menurut Azwan, beliau hanya mempertahankan Perdana Menteri Malaysia dan tidak takutkan sesiapa kecuali Allah SWT.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment