Monday, August 24, 2015
Bekas No 2 Perisikan Negara Ditukar Sebab Main Politik, Tidak Setia Kepada Kerajaan?
Kenyataan Bekas Timbalan Pengarah
Cawangan Khas PDRM, Dato Abdul Hamid Bador bahawa beliau setia kepada
bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menunjukkan keputusan menukar
beliau adalah satu keputusan yang tepat dan sangat wajar.
Adalah tidak masuk akal orang nombor dua perisikan negara menyatakan
kesetiaannya kepada orang yang mengisytiharkan mahu menjatuhkan Perdana
Menteri dengan apa kos sekali pun.
Sebenarnya, Cawangan Khas PDRM (SB) disyaki menjadi duri dalam daging
kepada kepada pentadbiran Mohd Najib sejak setahun lalu apabila
menggunakan beberapa penulis blog untuk menyerang Pejabat Perdana
Menteri. Mereka ini diberi elaun khas bulanan untuk menulis dalam blog-blog Gelagat Anwar.
Adalah tidak masuk akal untuk Cawangan Khas yang sepatutnya bahagian
mengumpul maklumat bagi menjaga keselamatan negara dan kerajaan,
bertukar menjadi bahagian yang mahu menentukan siapa Perdana Menteri
Malaysia.
Tindakan Abdul Hamid membuat pelbagai kenyataan akhbar hari ini
mengesahkan bahawa beliau telah melangkaui tanggungjawab dan tugas
beliau sebagai anggota cawangan khas dengan cuba menentukan corak
pentadbiran negara. Ini merupakan satu campur tangan badan perisikan ke
atas kerajaan demokrasi yang tidak sepatutnya berlaku.
Di negara lain beliau mungkin berhadapan dengan hukuman penjara. Namun di negara ini beliau hanya ditukar kepada bahagian lain.
Abdul Hamid juga harus menerima hakikat bahawa beliau ialah anggota
polis dan perkhidmatan kerajaan yang tertakluk kepada arahan pertukaran
kerja dan disiplin pasukan. Ini bukan syarikat milik beliau dan Tun
Mahathir.
Sebagai orang nombor dua bahagian perisikan negara, Hamid sepatutnya
sedar bahawa arahan pertukaran beliau ialah keputusan kepimpinan Polis
dan Kerajaan yang beliau perlu aku.
Beliau sekarang mendakwa ditukar kerana bersuara lantang dalam memastikan siasatan 1MDB dilakukan secara telus.
Sungguh melucukan siapa yang kenal Abdul Hamid sebelum ini. Di mana beliau bersuara lantang?
Tapi persoalan lebih wajar ialah apa kena mengena cawangan khas
mengenai 1MDB yang jika ada kesalahan ialah kesalahan jenayah komersial.
Cawangan Khas tidak mengendalikan isu 1MDB. Dan bukan kepakaran mereka pun. Ini kes bahagian Jenayah Komersial PDRM.
Kenyataan Abd Hamid mengaitkan isu 1MDb ini hanyalah cubaan mahu
menumpang populariti dan menyelamatkan diri dari sebarang tindakan
disiplin yang serius.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment