Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Selangor, Budiman Mohd Zohdi mendedahkan, kewujudan entiti yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1967 itu menjadikan entiti tersebut bebas dari diaudit oleh mana-mana pihak.
"Perbezaan ini akan menjadikan DEIG sebagai sebuah syarikat yang seakan-akan 'invicible' yang mana akaun syarikat tidak memerlukan ia diaudit dan diserahkan laporan kedudukan kewangan termasuk aktiviti mereka kepada kerajaan negeri.
"Keadaan itu sudah tentunya akan menyebabkan DEIG terdedah kepada penyalahgunaan kuasa dari segi ketelusan maklumat mengenai kewangan selain tiada pemantauan terhadap aktiviti syarikat itu di dalam menangani sesuatu kontrak atas nama usahasama pelaburan.
"Ianya sekaligus akan mengurangkan peranan utama Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dalam tanggungjawab urustadbir harta dan aktiviti perniagaan yang di luar bidang kuasa kerajaan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian semasa Program Penerangan Khas Isu DEIG di Bangunan Umno Selangor di sini pada Khamis.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim turut menyifatkan penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) bagi menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), sebagai tidak rasional.
Beliau berkata ini kerana, MBI tidak memerlukan satu entiti baharu bagi menstruktur semula pelaburan anak-anak syarikat yang berada di bawah pemerbadanan itu.
No comments:
Post a Comment