Tuesday, August 25, 2015
Dewan Ulama Sokong Wakil Rakyat PAS Keluar Parti Letak Jawatan
Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh saranan Presiden PAS, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang agar mana-mana wakil rakyat PAS yang meninggalkan parti
dan menyertai parti lain meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat dan
menyerahkan kembali mandat kepada rakyat.
"Saranan ini sangat rasional kerana mereka yang menang sebagai wakil
rakyat dalam PRU yang lalu bukanlah atas kapasiti peribadi tetapi atas
tiket PAS berlambang bulan dengan bantuan penuh dari sudut kewangan dan
tenaga kerja," ujar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz
Mohamad.
Rakyat juga, katanya memberi mandat kepada mereka sebagai wakil rakyat PAS bukannya sebagai wakil rakyat parti lain.
Tambahnya, begitu juga wakil-wakil rakyat PAS telah berjanji setia untuk kekal bersama PAS.
Menurut beliau lagi, sekiranya mereka keluar daripada PAS selepas menang
mereka juga berjanji akan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.
Jika tidak, ujar beliau sebagaimana ikrar mereka segala gaji dan elaun yang mereka perolehi adalah haram atas mereka.
"Atas maruah sebagai seorang muslim yang berjanji maka ianya sepatutnya
ditepati dan bukan diengkari. Hanya golongan munafik sahaja mengengkari
janji-janji mereka," ujarnya dalam satu kenyataan.
Apatah lagi, kata beliau ikrar yang dibuat oleh wakil-wakil rakyat PAS
adalah ikrar yang dimulakan dengan lafaz sumpah Wallahi Wabillahi
Watallahi.
Tegasnya, ia meletakkan mereka dalam situasi terikat dengan hukum sumpah dalam Islam.
"Sekian lama sebelum ini kita mengkritik wakil-wakil rakyat yang
meninggalkan parti dan melompat ke parti lain sebagaimana berlaku di
Perak yang menyebabkan kejatuhan kerajaan PR Perak, maka begitulah
sebagai seorang wakil rakyat bermaruah sewajarnya meletakkan jawatan
apabila keluar daripada PAS," ujarnya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment