Monday, August 03, 2015
Fitnah Nak Sekat Laman Sosial : Jangan Main-Main Dengan Saya... Kata TPM
Perbuatan ini memang sengaja nak cetuskan kemarahan ramai.
Angin tidak ...apa tidak tiba-tiba nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk
Seri Zahid Hamidi disebar konon beliau nak sekat laman sosial mulai
Jumaat ini.
Kita boleh faham sangat kalau beliau sendiri marah dengan fitnah yang serius ini.
"Saya tidak bagi amaran tetapi saya akan mengambil tindakan terhadap fitnah berkenaan.
"Jangan rosakkan nama saya dengan tujuan untuk memperlihatkan
seolah-olah saya tidak faham perundangan," katanya yang juga Menteri
Dalam Negeri.
Beliau menegaskan demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan
Persidangan UMNO Bahagian Bayan Baru di Pulau Pinang Ahad. Serentak
dengan itu Zahid minta pihak berkenaan menarik balik.
”Saya serius mengenai perkara ini.Jangan main-main dengan saya serta
jangan buat fitnah terhadap pemimpin negara atau mana-mana parti,"
katanya.
Beliau mengingatkan semua pihak jangan cuba menggunakan kebebasan media untuk menyebarkan fitnah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment