Saturday, August 15, 2015
Guling Kerajaan Tidaklah, Guling PM Belum Tentu Ya Tan Sri?
EDITOR MENULIS...
Bagi saya, cakap orang kecewa dengan cakap orang gila tidak ada jauh bezanya. Orang gila tidak akan mengaku dia gila, orang kecewa pun sama, tidak mengaku kecewa. Itu yang sekejap kata terima keputusan digugurkan, tapi bila jumpa orang, dok tanya lagi kenapa saya digugurkan, apa salah saya?
Maaf cakap, itulah masalahnya yang saya lihat berlaku dalam UMNO sekarang bila orang-orang kecewa dalam parti itu sudah dapat ‘presiden’ baru untuk kelab mereka.
Dia kalau betul ada masalah dengan Presiden dan bersuara kerana nak jaga kepentingan parti, tak tunggu rasmi mesyuarat bahagian saja baru nak jadi lantang. Dalam mesyuarat MT boleh cakap, dalam apa-apa pertemuan boleh suarakan, tapi depan orang ramai yang tak faham cerita juga dia nak melepaskan perasaan.
Sama macam ketika masih Timbalan Perdana Menteri, pejabat sebelah-sebelah saja, bila-bila pun boleh jumpa. Kalau malas sangat nak berjalan ke Blok Utama tu, paling tidak masa mesyuarat kabinet seminngu sekali, banyak peluang untuk tanya semua persoalan, tapi dia tunjuk ‘confuse’ kalah dengan rakyat yang duduk di luar kompleks Perdana Putra tu.
Ini maksudnya bukan Presiden atau Perdana Menteri lah bermasalah, tapi dia itulah. Memang padanlah kena buang pun. Bodoh sangat Timbalan ketua berlagak macam kerani pejabat, apa benda pun tak tahu dan taknak pulak bertanya.
Siapa pun tak hingin bertimbalankan orang macam ini.
Justeru, saya gesa hentikanlah karut marut ini semua. Kalau Presiden ada buat salah, lapor pada Jawatankuasa Disiplin parti, siasat atau tidak itu perkara nombor 2 tapi lapor dulu. Kalau Perdana Menteri ada buat salah, lapor pada polis dengan bukti-buktinya sekali.
Masalahnya sekarang, satu di atas pun tak berbuat tapi cara dia gebang macam Perdana Menteri dah dibuktikan bersalah di Mahkamah. cipta persepsi macam yang pembangkang selalu buat (tapi dalam masa yang sama dakwa sayangkan parti).
Boleh selamatkah parti macam itu?
Ni satu lagi nak tanya. Kenapa bila mantan ke hulu ke hilir tanya pasal baki RM 2.6. billion derma politik yang masuk akaun Perdana Menteri secara sah (tidak berlawanan dengan undang-undang), Sarawak Report pun tampil dengan ilustrasi buat sendiri menunjukkan kemana baki wang itu kononnya pergi?
Masa Tun M serah RM 1.4 billion harta UMNO kepada Paklah dulu, kenapa dia tak tanya betul ke RM 1.4 billion saja harta UMNO yang Tun M pegang (melalui pemegang amanah yang dia kawal)? Kenapa cash RM 200 juta tak masuk dalam akaun UMNO sehingga nak diserahkan secara berasingan kepada Paklah?
Kenapa masa itu tidak sibuk, kenapa sekarang?
Ada apa yang kita tidak tahukah? Saya rasa, MT UMNO dah boleh ambil tindakan kalau terbukti pengkhianat ini terlibat. Timbalan Perdana Menteri pun dah sahkan ada ‘tokoh UMNO’ yang jadi dalang untuk jatuhkan Perdana Menteri melalui proses undi tidak percaya...
Fikir-fikirkanlah...
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment