Monday, August 24, 2015
Ini Alasan Wakil Rakyat PAS 'Lompat Parti' Tak Wajar Letak Jawatan...
Masa buat sumpah Baiah nak bertanding pilihanraya hal ini tidak pernah
difikir dan jadi isu.Kini setelah putus kasih dan keadaan jadi
kelamkabut dalam parti sudah timbul pula alasan mengapa janji tidak
boleh pakai.
Setiausaha Gerakan Harapan Baru (GHB) Dr Dzulkefly Ahmad,Ahad
mengeluarkan kenyataan mengulas Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang
Sabtu desak wakil rakyat PAS yang nak lompat kosongkan kerusi
masing-masing.
Bekas Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor itu kata adalah tidak wajar wakil rakyat PAS yang menyertai GHB perlu ambil langkah itu.
Beliau mengingatkan peraturan mana-mana Ahli Parlimen atau Ahli Dewan
Undangan Negeri yang letak jawatan tidak akan dibenarkan bertanding
pilihanraya untuk tempoh lima tahun.
"Mungkin ada kewajaran untuk meneliti dan menimbang kembali perkara ini,"katanya.
Beliau juga beri alasan kemenangan seseorang calon bukan hanya
bergantung kepada hak mutlak parti semata-mata tetapi atas faktor
ketokohan calon, sokongan rakyat, isu dan gelombang semasa.
Peraturan tidak boleh bertanding dalam tempoh lima tahun selepas letak jawatan wakil rakyat sudah lama dikuatkuasakan.
Ini bermakna jika semua wakil rakyat PAS yang masuk GHB dna kemudian
menyertai Parti Amanah yang hendak ditubuhkan mereka tidak boleh
bertanding dalam pilihanraya umum ke 14.
Pilihanraya umum itu perlu diadakan selewat-lewatnya dalam tempoh tiga tahun lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment