Monday, August 17, 2015
Kenapa Kit Siang Melenting Selepas Zahid Dedah Wujud Plot Gulingkan Kerajaan Melalui Jalan Belakang
Akhirnya terjawab tentang satu perancangan jahat oleh pemimpin Umno.
Namun apa yang mengejutkan pendedahan RPK dan PRU14.TV ternyata meleset
apabila Tan Sri Muhyiddin telah menafikan pembabitan beliau.
pihak media lebih terarah kepada Tan Sri Muhyiddin kerana sering
mengkritik secara terbuka kepimpinan PM,namun sebenarnya beliau bukan
pemimpin Umno yang dimaksudkan oleh YAB TPM Dato Sri Ahmad Zahid.
Sebaik saja pendedahan Dato Sri Zahid mengenai perancangan tersebut,Lim
Kit Siang tiba tiba melenting malah menurutnya adalah tidak salah
menjatuhkan Perdana Menteri dengan apa cara sekali pun.
Maka ternyata memang wujud perancangan untuk menjatuhkan PM. Pokok
takkan bergoyang jika tiada angin.. atau lebih tepat pokok bergoyang
kerana ada beruk ditangkap sedang bergayut..
Pendedahan yang dibuat oleh Dato Sri Zahid bukan omong kosong ,Sebagai
Menteri Dalam Negeri adalah tertakluk di bawah bidangkuasa beliau untuk
menyekat mana-mana gerakan subversif atau konspirasi jahat untuk
menggulingkan kerajaan yang sah kerana ia mengancam kestabilan politik
negara.
Maklumat yang diperoleh ini adalah berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa PDRM.
Dato Sri Zahid tidak pernah menuduh secara semberono atau menamakan pemimpin yang bersekongkol dalam gerakan tersebut.
Namun jika tokoh politik itu sudah mengetahui pembabitannya dihidu oleh
pihak risikan PDRM, maka silalah tampil membuat penafian pada pihak
keselamatan dan membubarkan gerakan tersebut serta merta demi kestabilan
negara.
Gerakan menggulingkan kerajaan yang sah secara demokrasi adalah salah di
bawah undang-undang SOSMA dibaca bersama Seksyen 124 Kanun Keseksaan.
Pendedahan baru baru ini oleh RPK Klik Sini dinafikan oleh semua
pemimpin pembangkang. Patutlah kesemua pemimpin pembangkang menafikan
berlakunya perjumpaan dengan Tan Sri Muhyiddin untuk menjatuhkan PM
sebenarnya mereka berjumpa seorang pemimpin Umno yang lain.
Kemudian Malaysian Insider dan Asia Sentinel tak semena mena mendedahkan
Ku Li sahkan berlaku pertemuan beliau dengan Tun M merancang kerajaan
perpadua.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment