Saturday, August 15, 2015
Khalid Samad Sifatkan Kenyataan Nik Abduh Tak Relevan
SHAH ALAM : Bekas ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Khalid Samad tidak bersetuju sekiranya ahli yang masih memegang jawatan dalam parti untuk meletak jawatan walaupun tidak menyokong kepimpinan utamanya.
Ujarnya yang turut menyifatkan tindakan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang mempelawa mereka yang berkenaan untuk keluar parti adalah tidak relevan sama sekali.
Sehubungan itu, kata Khalid, ada dua perkara berbeza yang perlu diteliti oleh Ketua Dewan Pemuda PAS itu sebelum mempelawa mana-mana pemegang jawatan dalam parti Islam itu yang sudah hilang keyakinan terhadap parti itu untuk letak jawatan.
"Ini adalah dua perkara yang berbeza, itu soal keyakinan yang kedua ialah soal memenuhi amanah, dia bukan semestinya apabila dia memegang jawatan itu, dia ada keyakinan kepada pemimpin dan sebagainya.
"Maka dia perlu tunaikan amanah...bahkan ada keyakinan terhadap pemimpin juga tetapi tidak menunaikan amanah. Sebagai contoh, ada yang pegang jawatan...tetapi dia tidak menunaikan amanahnya...masuk Parlimen tidak berucap, dengar sahaja, itu pun dikira tidak menunaikan amanah juga walaupun dia ada keyakinan terhadap pemimpin, tetapi dia tidak menunaikan amanah," katanya kepada Antarapos.
Beliau mengulas mengenai kenyataan terkini anak kepada bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menegaskan sebahagian daripada jalan penyelesaian paling aman, dihormati, budiman dan boleh dikira sebagai penyelesaian bersama, ialah meletak jawatan secara 'sukarela'.
Khalid bagaimanapun memberi respon terhadap Nik Abduh yang mengaitkan peletakan jawatan tersebut dengan soal amanah, pahala dan dosa dengan melihat senario semasa.
Ambil kira pemimpin beramanah
Kata Khalid, masih ramai wakil rakyat yang mengambil sikap membisu walaupun digalaskan dengan soal tanggungjawab bersama samada menguruskan negara mahupun parti.
"Kalau berdasarkan kepada itu, maka ianya bukan soal keyakinan kepada kepimpinan, ianya soal samada memenuhi amanah atau pun tidak.
"Jadi apa kena-mengena dengan soal keyakinan terhadap pemimpin, mungkin ada juga yang tidak yakin dengan kepimpinan yang ada, jadi dia diberikan amanah, jadi dia masih memegang tanggungjawab dia sebagai ketua ke apa ke, jadi apa isunya?," katanya.
"Ada keyakinan terhadap pemimpin tetapi dia tetap menunaikan amanah, amanah untuk bersuara, menentang kezaliman, dia pasti buat.
"Jadi ini dua perkara yang berasingan, tidak boleh disatukan, kalau hendak suruh dia letak jawatan kerana dia tidak menunaikan amanah, maka letak jawatan sebab tidak menunaikan amanahlah.
"Sebab jadi ahli parlimen yang tidak bersuara dalam parlimen, ahli parlimen tidak berperanan dalam parlimen, ini sudah dikira tidak menunaikan amanah, selalunya mereka ini sepatutnya letak jawatan atau pun ADUN dan sebagainya.
"Sama ada ahli majlis atau ketua kampung yang tidak menunaikan amanah, yang tidak menunaikan amanah itu, dia wajar letak jawatan," katanya lagi.
Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam bagaimanapun menganggap apa sahaja yang disuarakan oleh Nik Abduh sebagai pendapat peribadinya.
"Apa sekali pun itu adalah hak dia, pandangan dia, tiada masalah, orang hendak letak jawatan ke atau tidak mahu letak jawatan atas dasar masing-masing.
"Tetapi kalau sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan, tidak semestinya dia kena letak jawatan, mungkin dia perlu menegur sebagainya, bukan semua yang memegang jawatan itu bukan semestinya mempunyai keyakinan 100 peratus kepada kepimpinan," katanya.
Nik Abduh semalam berkata pelawaan tersebut dibuat susulan sudah ramai yang bertanya kepada beliau berhubung kemelut dalaman PAS yang berterusan.
Malah katanya sudah tiada pahala lagi buat ahli PAS yang sudah tawar hati jika mereka masih kekal dalam PAS dengan terus memegang jawatan dalam parti yang diamanahkan ke atas mereka oleh ahli PAS.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment