Saturday, August 22, 2015
Lim Guan Eng Dan DAP Tak Mengaku Politikkan Sambutan Merdeka
Jabatan
Pelajaran Negeri Pulau Pinang, sebagai agensi Persekutuan dimaklumkan
telah melarang sekolah-sekolah di negeri itu daripada menyertai sambutan
Merdeka anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang pada 31 Ogos ini.
Arahan
tentang larangan itu dikeluarkan kerana tema sambutan Merdeka di Pulau
Pinang pada tahun ini dianggap sensitif kerana mempunyai perkataan
“Bersih”.
Ini
adalah kerana perkataan “Bersih” itu telah dikaitkan oleh pihak Jabatan
Pelajaran dengan perhimpunan Bersih 4 yang akan diadakan pada 29 dan 30
Ogos ini.
Ketua
Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dalam satu kenyataan ringkas hari
ini, menegaskan bahawa tema Merdeka bagi negeri adalah Bersih, Cekap dan
Amanah, dan beliau telah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri
Farizan Darus, untuk memaklumkan kepada Kementerian Pelajaran.
“Jika
mereka mengharamkan (penyertaan sekolah), kita akan mengambil tindakan
lanjut. Biarlah mereka isytihar BCA (Bersih, Cekap dan Amanah) sebagai
haram,” katanya.
Sementara itu, Ketua Sosialis Muda DAP Kebangsaan, Teo Kok Seong, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Kementerian Pelajaran.
“Saya
telah mendapat penjelasan melalui twitter daripada YB Chong Sin Woon
selaku Timbalan Menteri Pelajaran bahawa larangan tersebut adalah
disebabkan tema Hari Kemerdekaan mempunyai perkataan “Bersih” serta ia
dilihat Kerajaan Pulau Pinang mempolitikkan Hari Kemerdekaan.
“Adalah amat jelas sekali arahan larangan ini bermotif politik, ataupun menerima tekanan dari pihak yang tertentu,” kata beliau.
Menurutnya,
Kementerian Pelajaran melampau kerana terlalu sensitif dengan perkataan
“Bersih” sedangkan Bersih, Cekap dan Amanah sentiasa dititikberatkan
oleh semua agensi kerajaan pusat dan kerajaan negeri sejak lebih 30
tahun lalu.
Beliau
yang juga Ahli Parlimen Rasah mahu Kementerian Pelajaran menarik balik
arahan larangan tersebut agar pelajar sekolah dapat menyertai perarakan
tahun itu.
Timbalan
Menteri Pelajaran II, P. Kamalanathan, pula menyatakan “Bersih” sebagai
tema Merdeka di Pulau Pinang adalah berbahaya, dan bertentangan dengan
kepentingan negara.
Menurut laporan media, beliau menyatakan arahan Kementerian adalah berikutan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment