Monday, August 17, 2015

Low Yat 2 : Ismail Sabri Tidak Rasis

Tidak ada salahnya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memperjuangkan pewujudan `Low Yat 2’ untuk peniaga Melayu dan bumiputera di Bangunan Mara kerana berdasarkan kehidupan masyarakat majmuk di negara ini, setiap kaum sebenarnya berpeluang mengambil bahagian untuk mengukuhkan ekonomi kaum masing-masing.
http://images.says.com/uploads/story_source/source_image/407830/5d83.jpg
Pengarah Komunikasi dan Biro Hubungan Awam MIC, Datuk Seri S. Vell Paari berkata, jika benar Ismail Sabri iaitu seorang menteri daripada UMNO bersifat perkauman yang bermakna kerajaan sedia ada juga perkauman, kenapa daripada 10 orang yang terkaya di Malaysia, hanya seorang daripadanya adalah Melayu.

Katanya, beliau juga yakin rancangan Ismail Sabri itu tidak akan mencetuskan ketegangan kaum kerana apa yang diperjuangkannya itu sama sekali tidak bertentangan dengan Perkara 3.4 Perlembagaan UMNO.

Jelasnya, fasal itu menyatakan UMNO akan ‘Mempertahankan ke­daulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan sis­tem pemerin­tahan demokrasi ber­­parlimen serta me­ma­jukan eko­nomi orang Me­layu dan bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.”

“Selain orang Melayu, UMNO juga menekankan tentang usaha memajukan ekonomi ‘rakyat Malaysia amnya’ yang bermakna jika kerajaan ini yang ditunjangi UMNO kononnya sebuah kerajaan yang bersifat perkauman yang mana Ismail Sabri sendiri menteri dari UMNO, maka kerajaan ini tentu sekali akan hanya meningkatkan ekonomi orang Melayu sahaja, tidak untuk bukan Melayu.

“Kepada mana-mana `hartawan atau jutawan’ yang tiba-tiba menjadi sangat kritikal kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), anda ja­ngan lupa bahawa sebab anda dapat membina kekayaan yang besar di negara ini sehingga berjaya di luar negara dengan menjadi syarikat global terkemuka, semua kejayaan ini disebabkan oleh (kerajaan UMNO) Malaysia yang telah memberi kebanyakan monopoli kepada 
anda,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Vell Paari mengulas tindakan Setiausaha Informasi dan Publisiti Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Milton Foo dan Setiausaha Bahagian Pelawan parti itu, Tiang Ming Tee membuat laporan polis terhadap Ismail Sabri kelmarin berhubung kenyataan beliau mahu membangunkan Plaza Low Yat 2 untuk peniaga Melayu yang didakwa mereka lebih cenderung menghasut dan mewujudkan kebencian dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Tambah Vell Paari, kritikan yang dilemparkan itu lebih bersifat menentang UMNO memandangkan Ismail Sabri merupakan menteri daripada parti itu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment