Saturday, August 15, 2015

Maaf Secara Terbuka PKR Kepada Tan Sri Khalid Ibrahim

"Dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) adalah seorang yg korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salahlaku dan tidak layak menjadi MB Selangor".

Bagi pihak PKR dan saya secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta TANPA SYARAT memohon maaf kpd TSKI.

Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kpd TSKI dan mahkamah yg mulia ini bhw kenyataan2 tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan dpd menyadatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan2 dlm dokumen tersebut dan apa2 kenyataan yg berkaitan dgn dokumen tersebut."-

Maksudnya, Khalid di pecat oleh PKR dan dibuang sebagai MB Selangor kerana dia....
"seorang yg bersih, tak zalim, boleh dipercayai, bersikap telus, jujur, beretika, beramanah, berintegriti, tidak terlibat dengan perlakuan rasuah dan salahlaku dan layak menjadi MB Selangor."

TSKI pula berkata:

"Dalam semangat bulan Syawal ini, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf zahir dan batin jika ada menyinggung persaan mana-mana pihak termasuk Saifuddin Nasution dan ahli-ahli yang lain."

Sebab yang amat pelik untuk buang dia kalau macam tu kan PKR? 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment