Tuesday, August 18, 2015

Mahathir Menipu Lagi Pasal GST...

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa perlaksanaan sistem barangan dan perkhidmatan (GST) menjadi punca penyusutan nilai Ringgit.

Mahathir berkata, pelaksanaan GST telah menyebabkan peningkatan kos sara diri terhadap rakyat di negara ini dan menyebabkan rakyat di negara ini terpaksa berjimat dalam perbelanjaan bulanan mereka.

Selain itu, pelaksanaan GST juga telah menyebabkan nilai Ringgit jatuh teruk sehingga melebih RM4 bagi AS$1.

"Pengenalan GST hanya menyebabkan peningkatan kos sara hidup membuatkan kejatuhan nilai ringgit lebih teruk," kata Mahathir menerusi entri terbaru di blog miliknya.

Benarkah pelaksanaan GST telah menyebabkan nilai matawang negara mengalami kejatuhan??? Bukankah kejatuhan nilai matawang berpunca dari harga minyak dunia yang rendah???

Jika benar GST telah menyebabkan nilai matawang menjadi susut, mengapa negara yang telah mengamalkan sistem cukai itu tidak mengalami kejatuhan nilai matawang sebelum ini???

Mahathir turut mengulas mengenai rancangan menjatuhkan kerajaan oleh pemimpin pembangkang dengan beberapa pemimpin BN dengan mengatakan perkara itu tidak akan terjadi kerana bukan mudah untuk mendapatkan majoriti mudah melalui undi tidak percaya.

Mahathir berkata, usaha menggunakan undi tidak percaya tidak akan berhasil kerana ahli Parlimen pembangkang tidak mencukupi dan Ahli Parlimen BN masih setia bersama perdana menteri.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment