Tuesday, August 18, 2015
MCA Jangan Sibuk Bila UMNO Cakap Pasal Bangsa Melayu!!
Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri hari ini menyarankan MCA agar melakukan lebih banyak 'homework' sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan yang berbaur perkauman.
Ismail Sabri berkata demikian selepas MCA mempertikaikan cadangan beliau menubuhkan plaza 'Low Yat 2' khas untuk orang Melayu dengan mengatakan ia satu cadangan yang akan menjejaskan hubungan antara kaum.
Menurut Ismail, cadangannya hanyalah bertujuan membantu orang Melayu menceburi bidang yang dimonopoli oleh kaum Cina dan bukannya mewujudkan satu jurang perkauman.
Tambahnya, tujuan penubuhan Majlis Amanah Rakyat (Mara) adalah bagi membantu usahawan Melayu dan Bumiputera menceburi bidang perniagaan.
"Mereka perlu buat 'homework', apa tujuan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dibuat... untuk bantu usahawan Melayu dan Bumiputera.
"Sebab itu saya kata mereka (MCA) berfikiran sempit bila cakap pasal Bumiputera walaupun memang untuk membantu, mereka anggap perkara itu sensitif dan perkauman. Komen dia yang menjejaskan hubungan... sebab mereka tak perlu komen mengenai perkara ini," kata Ismail Sabri.
Dalam masa sama, beliau mengingatkan MCA supaya tidak bersikap seperti DAP yang racist terhadap orang Melayu.
Jelas beliau, kerajaan tidak pernah menyekat kebebasan perkauman di negara ini, dimana sebelum ini MCA telah membangkitkan cadangan supaya guru di sekolah Cina ditambah bilangannya.
"Serupa juga mereka cakkap pasal sekolah jenis kebangsaan cina. Tak perlulah kita cakap tentang perkauman. Dia nak tambah guru sekolah Cina tambalah, itu perjuangan dia. Perjuangan Mara ialah untuk membangunkan Melayu dan Bumiputera," jelasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment