Thursday, August 20, 2015
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Pada 9 Sept – Tengku Adnan
20 Ogos 2015, Kuala Lumpur : Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO
akan diadakan pada 9 Sept, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku
Adnan Tengku Mansor.
Beliau berkata tarikh itu diputuskan bagi memastikan semua bahagian selesai bermesyuarat terlebih dahulu.
Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian
kepada pemberita selepas merasmikan penajaan taman angkat Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini hari ini.
Sementara itu, beliau menggesa penganjur perhimpunan Bersih 4.0
yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur pada 29 dan 30 Ogos ini supaya
memilih lokasi lain selain Dataran Merdeka.
“Di Dataran Merdeka tidak sesuai kerana ia tempat bersejarah dan
dijadikan lokasi untuk sambutan kemerdekaan,” katanya sambil
mencadangkan penganjur mengadakannya di stadium seperti Stadium Melawati
di Shah Alam.
Sebelum ini, polis dan DBKL meminta penganjur perhimpunan itu tidak mengadakannya di Dataran Merdeka.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment