Sunday, August 02, 2015
MH370... Objek Dipercayai Pintu Pesawat Pula Ditemui Di Pulau Reunion
Berita ini masih lagi samar-samar dan ringkas setakat ini.Kalau betul ia
pasti khabar menarik dalam pencarian MH370.Stesyen televisyen Sky News
melaporkan Ahad satu objek dipercayai ‘mungkin’ pintu pesawat ditemui di
tepi pantai di Pulau Reunion.
Ia memetik wartawannya sebagai memberitahu objek ini ditemui di satu
lokasi lain dari tempat serpihan sayap ditemui empat hari lalu.Setakat
ini para pakar yakin serpihan sayap yang ditemui adalah dari pesawat
jenis Boeing 777.
Namun setakat ini serpihan sayap itu yang sudah dibawa ke Pranchis untuk
pemeriksaan belum dapat dipastikan samaada ia dari MH370.
Apapun sebelum ini dalam lingkungan Lautan Hindi belum pernah ada
kemalangan udara libatkan Boeing 777 kecuali kehilangan MH30 yang
penerbanganya dipercayai berakhir di Selatan Lautan Hindi.
Ini mencetuskan teori kemungkinan serpihan itu dibawa arus ombak sampai ke Pulau Reunion yang terletak di Timur Madagascar.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment