Tuesday, August 25, 2015
Orang Melayu Penang Perlu Sedarlah !!!! PAP Bimbang Kampung Melayu Di Pulau Pinang Bakal Lenyap
SHAH ALAM : Parti Tindakan Rakyat (PAP) hari ini menyuarakan kebimbangan
terhadap nasib kampung-kampung Melayu di Pulau Pinang yang bakal lenyap
di negeri Pulau Mutiara itu.
Presiden Jawatankuasa Penaja PAP, Zulkifli Mohd. Noor mendakwa, munkin
ada agenda politik dalam usaha melenyapkan kampung-kampung Melayu ini
yang cuba disorokkan oleh pihak tertentu.
"Ada agenda untuk mengusir golongan miskin tidak kira sama ada orang
Melayu, Cina atau India di negeri ini. Ia seperti negeri ini hanya untuk
mereka yang berkepentingan atau ada urusan yang menguntungkan
semata-mata.
"Jika anda tidak mampu menyumbang apa-apa kepada negeri ini, maka anda
tidak berhak untuk berada di negeri ini, begitulah seolah-olahnya,"
katanya yang dipetik Mingguan Malaysia hari ini.
Beliau dalam pada itu berkata, pendekatan ini sebenarnya sama seperti yang berlaku di Singapura suatu ketika dahulu.
"Ia penggulangan formula lama di negara berkenaan. Suatu hari nanti,
dengan automatik orang Melayu ini dipinggirkan dan orang bukan Melayu
juga terpaksa lari jauh dari negeri ini.
"Sebab itu kita lihat ada peniaga-peniaga Cina yang sekarang terpaksa
berniaga di Kedah malah sejauh sehingga ke Langkawi," katanya.
Zulkifli yang juga bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan berkata kerajaan
negeri dilihat sudah tidak berminat langsung untuk mempertahankan
kampung Melayu.
"Bukan tidak berminat tetapi mereka sebenarnya langsung tidak mempunyai
selera untuk mempertahankan kampung-kampung ini yang sudah berusia lebih
100 tahun seperti Kampung Batu Uban yang dipercayai penduduk negeri ini
sebagai kampung terawal di Pulau Pinang.
"Bagi contoh Kampung Batu Uban ini misalnya, kampung ini terletak di
lokasi yang sangat strategik bagi tujuan pembangunan mewah. Sudah
semestinya pihak pemaju cukup berminat dengan lokasi kampung ini kerana
bakal mendapat keuntungan berlipat kali ganda sekiranya dimajukan.
"Malah, mereka beranggapan tidak akan berdepan halangan besar daripada
kerajaan negeri hari ini yang lebih dilihat mesra kepada mereka selain
seolah-olah tidak ada sekatan atau halangan untuk mereka berbuat
demikian," katanya lagi.
Rakyat Pulau Pinang perlu sedar
Beliau dalam pada itu meminta rakyat Pulau Pinang membuka mata, menilai
semula pentadbiran kerajaan negeri di bawah DAP yang tidak lagi
menjadikan soal membela hak rakyat sebagai keutamaan.
"Dalam situasi ini, soal membela hak rakyat bukan lagi keutamaan kerana
soal pembangunan dan keutungan lebih diberi perhatian. Sepatutnya soal
ekuiti, penempatan dan ganti rugi dijadikan syarat utama sebelum
sebarang kelulusan projek diberikan kepada pemaju.
"Lihatlah apa yang berlaku kepada nasib sebanyak 68 keluarga di Parlimen
Bagan yang diwakili sendiri oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Adakah
soal kebajikan penduduk di Kampung Hijau yang dihalau daripada
perkampungan mereka diberikan keutamaan ketika mereka terpaksa berdepan
dengan notis pengusiran daripada mahkamah? Sedangkan mereka sudah
mendiami kampung itu sejak lebih 30 tahun lalu.
"Jika kerajaan negeri mahu berpihak kepada pemaju sekali pun janganlah
sampai ke tahap mengusir rakyat sedangkan mereka juga merupakan pengundi
di negeri ini," katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Setiausaha Organisasi Penaja PAP, Rahmad
Ishak pula mempersoalkan sejauh mana wakil rakyat melibatkan tiga ahli
exco Melayu mempertahankan kampung warisan di negeri itu.
"Sepatutnya ketiga-tiga ahli exco Melayu yang berada dalam kerajaan
negeri hari ini memainkan peranan mereka tanpa berselindung. Mereka
sepatutnya berani mempertahankan saki baki kampung Melayu yang masih ada
di negeri ini daripada hilang ditelan kerakusan pembangunan moden.
"Mereka sepatutnya membawa usul melalui Dewan Undangan Negeri supaya
satu undang-undang kawalan dan pencegahan melibatkan soal pembangunan
kampung-kampung Melayu diwujudkan.
"Malah kita percaya usul berkenaan akan turut mendapat persetujuan
daripada 10 wakil rakyat daripada Barisan Nasional. Jika undang-undang
berkenaan diluluskan, maka hasilnya turut dirasai oleh penduduk asal
kampung daripada kaum Cina dan India," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment