Saturday, August 15, 2015
Pembiayaan Politik : Dalam Tak Sedar Najib Buat Pembangkang Tersepit
Tindakan pembangkang keterlaluan memanipulasi derma politik yang dimasuk ke dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak (macamlah mereka tak buat), hari ini ternyata ‘memakan diri’ mereka semula bila Najib membuat keputusan untuk menubuhkan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang akan membuka jalan kepada penggubalan undang-undang berkaitan.
Diakhirnya, semua parti politik di negara ini perlu melapurkan jumlah derma politik yang mereka terima dan dari mana.
Sejak isu RM 2.6 billion ini disahkan SPRM bukan duit 1MDB tapi derma politik, banyak pihak bercakap tentang itu dan ini, tak sedar bahawa tidak ada satu undang-undang yang mengawal selia pembiayaan politik di negara ini. Najib dan ketua-ketua pembangkang boleh dedah atau tidak dedah kalau mereka mahu, undang-undang tidak mewajibkannya.
Najib nak buatlah undang-undang itulah sekarang.
Penulis dapat merasakan bahawa pembangkang pasti tersepit dengan cadangan ini. Setuju kang, mereka juga yang susah kerana funder pembangkang adalah dari jenis yang makan dua belah pihak – tangan kanan dapat kontrak dengan kerajaan BN, tangan kiri bagi derma politik pada pembangkang.
Syarat mereka ini untuk menyumbang ialah dengan nama mereka tidak didedahkan – DAP sudah mengesahkan ini. Ini yang jadi serba salah.
Tak setuju kang, dah banyak yang dibahaskan tentang isu RM 2.6 billion itu, senang kata dah terlajak kata, nak undur macam mana? Memang orang tau pembangkang hipokrit tapi hipkorit bab duit ni lain kesannya. JKNMPP ini hanya permulaannya saja, sama macam nak kaji semula Akta Hasutan dululah.
Paling meresahkan pembangkang ialah kalau jumlah derma politik yang mereka terima, hampir sama dengan yang UMNO terima (dicampurkan sekali) yang dijadikan isu ini. Kalau lebih, lagi parah sebab hasilnya hanyalah 89 kerusi parlimen dan 3 negeri sahaja. Dua negeri hilang selain gagal rampas Putrajaya dari BN. Duitnya habis juga.
Jadi siapa kata Najib tak bijak?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment