Monday, August 03, 2015
Puak PR Dah Mula Buat Fitnah.....Tutup Media Sosial: Jangan Rosakkan Nama Saya
GEORGETOWN : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang menyebar fitnah
kononnya semua rangkaian media sosial di negara ini akan ditutup.
Katanya, beliau telah mengarahkan polis menyiasat punca berita itu dan
mengambil tindakan terhadap individu yang memulakannya di laman sosial.
"Saya tidak memberi amaran tetapi saya telah meminta polis untuk
menyiasat terhadap berita yang telah diviralkan kononnya saya akan
menutup laman sosial.
"Jangan (nanti) orang yang memulakan berita itu terpaksa membayar harga
yang mahal... jangan buat fitnah bodoh," katanya pada sidang akhbar
selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bayan Baru di sini
hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengulas berita yang tersebar
di internet hari ini yang mendakwa kononnya beliau mengarahkan semua
rangkaian media sosial di negara ini ditutup bermula Selasa depan.
Ahmad Zahid berkata, tindakan pihak tertentu menyebarkan berita itu
seolah-olah untuk memperlihatkan beliau tidak faham mengenai perundangan
dan mahu semua pengendali media sosial membencinya.
"Laman sosial atau sebarang portal berita adalah di bawah kuasa SKMM
(Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia)... jangan rosakkan nama saya.
"Saya tidak beri amaran... sekali lagi saya sebut kalau polis menyiasat
punca datang dari mana dan (siapa) orang itu, tiada maaf bagimu,"
katanya.
Beliau meminta pihak terlibat menarik balik kenyataan itu dan
mengingatkan media agar tidak menggunakan kebebasan bersuara untuk
menyebarkan fitnah terhadap kepimpinan negara atau parti.
"Saya beritahu sekali lagi harga yang mahal terpaksa dibayar orang
itu... saya akan cari puncanya dan puncanya akan tahu apakah tindakan
yang akan saya lakukan," katanya.
Terdahulu Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno, berkata media
sepatutnya menulis berdasarkan fakta sebenar selaras dengan etika
kewartawanan.
"Jangan mentafsir dan memutar belitkan. UMNO tidak akan
berkompromi...saya beritahu anda...jangan harap saya akan keluarkan
amaran, tapi (saya akan) ambil tindakan," katanya.
Ahmad Zahid turut membuat penafian di laman Twitternya mengenai
penyebaran fitnah itu dan menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan
kenyataan tersebut.
"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan berikut," katanya dengan
menyertakan info grafik yang mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan
tersebut.
Pada info grafik itu dipaparkan gambar beliau dengan kata-kata,"Kita
akan sekat semua laman sosial Selasa ini" di sebelah gambar itu.
Dipetik daripada sumber : Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment