Saturday, August 15, 2015

Ramai Terkejut Arul Kanda, CEO 1MDB Sebut 'Alhamdullilah' dan 'Insyallah'

Ramai yang hairan ketika bos nombor satu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy tampil dalam program Soal Jawab di TV3 ,Rabu malam lalu bila beliau beberapa kali sebut kalimat seperti 'Alhamdulillah' 'Insyallah' dan lain-lain.  


Ini sebab tengok punya tengok...wajahnya macam orang India dan namanya pun nama orang India.

Malah ketika mula-mula beliau diumumkan sebagai Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB 1 Januari 2015 ramai ingat beliau rakyat Malaysia yang tidak tahu cakap bahawa Melayu pun.

Saya sendiri ketika kali pertama bertemu beliau disapa dengan salam yang lembut dan berpelukan cara Arab.

Terkejut juga mendengar Bahasa Melayunya fasih dan lancar.

Kalau loghat Kelantannya terkeluar lebih lancar lagi.

Mungkin ramai tidak tahu latar belakangnya.

Arul membesar di Kelantan, walaupun lahir di Kuala Lumpur.

Ibunya seorang doktor yang bertugas di hospital kerajaan, kebanyakkannya di luar bandar

Beliau membesar di Machang Kelantan sebelum masuk ke Maktab Tentera Diraja (RMC) Kem Sungai Besi pada usia 13 tahun.

Jenis makan budu juga... selepas tamat tingkatan lima di RMC, beliau menyambung pelajaran ke London School of Economics and Political Science untuk memperolehi LLB dan sarjana di University College London pada tahun 2000.

Memulakan kerjaya sebagai penganalisis pensekuritian, di firma kewangan Calyon London dari Januari 2002 hingga Jun 2003 sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Bersekutu pensekuritian, Calyon di London dari Julai 2003 hingga Mei 2004.

Beliau ialah Pengarah Modal pasaran, Calyon di Bahrain antara Jun 2004 hingga Jun 2005. 

Arul merupakan Ketua Perbankan Islam, Calyon di London dari Julai 2005 hingga Ogos 2006 sebelum berpindah ke Barclays Capital sebagai Ketua Penyelesaian Pembiayaan Islam di Dubai dari bulan September 2006 hingga Julai 2008.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas di RHB Investment Bank Bhd mulai Julai 2009 hingga 10 Mei 2011, Pengarah di RHB Islamic Bank Bhd, dan juga Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas di RHB Capital Bhd. daripada 20 Julai 2009 hingga 10 Mei 2011.

Beliau bekerja di luar negara dan hanya sesekali pulang samada bermesyuarat selepas terlibat dengan RHB atas lantikan bank tempatnya bekerja Abu Dhabi Commercial Bank yang mempunyai saham di dalam RHB atau bercuti di Malaysia.

"Selepas pegang beberapa jawatan dalam RHB saya kerap balik ke Malaysia untuk bermesyuarat dan sebagainya, ketika itu saya kenal dengan kapten-kapten industri dalam negara," ceritanya.

Salah seorang yang dikenalinya kemudian mencadangkan kepada beliau untuk balik mengemudikan 1MDB dan selebihnya adalah sejarah.

Arul memeluk Islam pada 2004 di Malaysia, ketika pulang ke Kuala Lumpur hatinya terbuka dengan cahaya Ilahi.

Beliau lafaz memeluk Islam di Pejabat Agama Wilayah Persekutuan.

Jadi apa cerita tentang namanya yang masih macam orang Hindu itu?

Ia bukan tidak bersebab.

"Saya tanya Pejabat Mufti (Wilayah) perlu atau tidak saya tukar nama... mereka menerangkan biasanya di Malaysia, saudara baru diberikan sijil memeluk Islam untuk tujuan pertukaran nama di kad pengenalan, passport dan lain-lain.

"Tapi sijil tersebut mungkin tidak bernilai ( tidak diiktiraf)  di luar negara, jadi saya dicadangkan untuk mengekalkan saja nama lama, kerana ketika itu saya masih bekerja di luar negara," ceritanya.

Nama Islamnya Azrul Kanda. Sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

Bertubuh kecil dan sentiasa tersenyum, Arul membuat keputusan untuk menyertai 1MDB pada Disember 2014.

"Saya memang sudah lama hendak balik ke Malaysia, sudah 20 tahun di negeri orang, ibu bapa dah tua, keluarga di sini, tapi saya tidak menemui satu pekerjaan yang sesuai dengan saya,"kata Arul.

Menurutnya, beliau tahu masalah-masalah dalam 1MDB termasuk sarat hutang, tapi yakin ia boleh dipulihkan kerana asas 1MDB adalah kukuh termasuk aset yang lebih besar dari hutang.

"Saya tidak kata ia kerja mudah, tapi ada cahaya dihujung terowong, saya yakin hutang 1MDB boleh dikurangkan,"ujarnya ketika bertemu dalam satu majlis berbuka puasa di ibu negara hujung Ramadan lalu. 


Disediakan oleh : Pengerangan PemudaSERI AMPANGAN

No comments:

Post a Comment