Monday, August 17, 2015
RM10 Juta Saja Untuk Belanja Pilihanraya?
Sekalipun nak kritik ia mesti dibuat atas asas,lojik dan berfakta.Datuk
Seri Najib Tun Razak kata ini merujuk kepada dakwaan Tun Dr Mahathir
Mohamad beliau hanya belanja RM10 juta untuk tiap pilihanraya umum
semasa pentabirannya.
Sebaliknya ikut congak Perdana Menteri minima wang diperlukan untuk wang
yang perlu untuk deposit calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di
193 kawasan pilihanraya waktu itu ialah RM42 juta.
Katanya jumlah itu tidak termasuk lain-lain keperluan seperti t-shirt,banner,poster dan kendali mesyuarat.
Dr Mahathir beri angka RM10 juta itu dalam tulisannya di laman blognya baru-baru ini.
Kata Najib beliau berkali-kali memikirkan soal angka yang diberi itu.
Katanya RM 10 juta adalah tidak lojik.
Beliau menyatakan demikian dalam ucapannya ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Kepala Batas di Pulau Pinang Ahad.
Hadir sama di majlis itu ialah Tun Abdullah Badawi selaku bekas Ketua
UMNO Bahagian.Kini bahagian itu diketuai oleh Datuk Seri Rezal Merican.
Di depan Abdullah, Najib juga mengulangi kenyataannya bahawa semasa
Timbalan Presiden UMNO beliau tidak pernah persoal mengenai dana politik
parti pada Abdullah selaku Presiden parti.
Katanya Abdullah juga tidak pernah persoal Dr Mahathir atau Tun Daim Zainuddin ,Bendahari UMNO mengenai hal itu dulu.
" Jadi kenapa tanya saya bila saya Presiden,"katanya.
Menurut Najib soal dana politik parti tidak pernah dibincang dalam
mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO apa lagi dicakap secara terbuka.
Beliau mengegaskan soal dana politik parti ialah urusan dan kuasa mutlak Presiden.
Serentak dengan itu Najib meminta semua ahli UMNO mencontohi sikap
Abdullah yang terus sayang UMNO dan tidak marah sekalipun beliau
terpaksa letak jawatan Perdana Menteri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment