Tuesday, August 18, 2015

Sekarang Lim Kit Siang Nak Polis Tangkap Rahman Dahlan Kerana Menyebarkan "Berita Palsu"

Lim Kit Siang melenting dekat Ahmad Zahid Hamidi apabila Zahid memberitahu yang ada komplot melibatkan tokoh UMNO dan pembangkang nak jatuhkan PM.

Sebagai Menteri Dalam Negeri adalah tertakluk di bawah bidangkuasa beliau untuk menyekat mana-mana gerakan subversif atau konspirasi jahat untuk menggulingkan kerajaan yang sah kerana ia mengancam kestabilan politik negara.

Maklumat yang diperoleh ini adalah berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa PDRM dan Zahid Hamidi tak pernah tuduh menuduh sesiapa atau menamakan pemimpin.

Lim Kit Siang pun telah berkata bahawa tidak salah menjatuhkan Perdana Menteri.

Polis patut tangkap Lim Kit Siang kerana Gerakan menggulingkan kerajaan yang sah secara demokrasi adalah salah di bawah undang-undang SOSMA dibaca bersama Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment