Monday, August 17, 2015
Spekulasi Anak Nik Aziz Sertai GHB
KOTA BHARU : Anak lelaki Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
dikatakan akan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB), sekali gus memberi
tamparan kepada golongan ulama PAS Kelantan.
Wujud spekulasi, Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak kedua bekas Menteri Besar
Kelantan itu akan menyertai GHB dalam masa terdekat ini.
Pengerusi Jawatankuasa Penaja GHB Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan
Abdullah ketika dihubungi enggan mengulas mengenai gambar beliau, Nik
Omar dan calon presiden PAS yang tewas pada pemilihan parti itu, Ahmad
Awang yang menjadi viral.
“Boleh kamu hubungi saya selepas pukul 5 petang, selepas selesai
mesyuarat GHB yang saya sedang pengerusikan,” katanya yang juga salah
seorang pemimpin PAS yang secara terbuka bekerjasama dengan GHB
Kelantan.
Pemimpin lain yang turut menyertai GHB adalah Ahli Parlimen Kuala Krai, Mohd Hatta Md Ramli.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Bahagian Kota Baru, Dr Rosli Alani Abdul Kadir
ketika dihubungi pasti Nik Umar akan menyertai GHB, tetapi tidak pasti
bila ia akan berlaku.
Nik Omar mewujudkan kontroversi apabila menjemput Ahmad Awang ke
kediaman bapanya untuk ceramah Maghrib dalam tempoh kempen untuk
pemilihan parti itu pada Jun, bagaimanapun membatalkan hasrat itu
apabila dibantah ahli keluarganya.
Nik Omar bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komennya
sama ada mengesahkan atau menafikan spekulasi dan gambar yang menjadi
viral itu.
Beliau adalah pengetua sekolah agama Maahad Darul Anuar yang diwujudkan datuknya, Nik Mat Raja Banjar.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment