Tuesday, August 25, 2015

Suhakam Akan Pantau Perhimpunan Bersih 4.0.... Pantaulah Kononnya Ptuihhh !!

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan memantau perilaku pihak berkuasa serta para peserta perhimpunan Bersih 4.0.

Pesuruhjaya Suhakam, James Nayagam memberitahu pemberita pada Isnin bahawa 20 pegawai sukarela akan ditempatkan di beberapa kawasan di ibu negara.

Beliau berkata para peserta perhimpunan diingatkan supaya tidak bertindak dengan membelakangkan undang-undang dan mengelak daripada menimbulkan kerosakan.

Selain memastikan kelancaran  lalu lintas, pihak berkuasa harus mengelak daripada menggunakan kekerasan untuk mengawal perhimpunan, katanya.

Beliau berkata pemantauan serupa akan dilakukan di Sabah dan Sarawak yang perhimpunan serupa dirancang diadakan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment