Sunday, August 23, 2015
Syabas PAS... Tiada Undangan, PAS Tidak Sertai Bersih 4.0
SHAH ALAM : Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan berkata parti itu
tidak akan terlibat secara langsung dalam himpunan Bersih 4.0 yang akan
diadakan pada 29 hingga 30 Ogos depan.
Ia berikutan tiada undangan daripada Pengerusi Bersih 4.0 Maria Chin
Abdullah kepada PAS untuk bersama menganjurkan himpunan berkenaan
seperti yang pernah berlaku sebelum ini, katanya.
"Kami tidak dilibatkan, semasa Bersih 1 hingga Bersih 3 kami dilantik
sebagai penganjur, tapi kali ini kali tidak terlibat jadi tiada
penglibatan dan kami fokus kepada beberapa agenda-agenda lain" ujar
Nasruddin lagi.
Nasrudin menjelaskan bahawa ahli PAS kini menunggu arahan Presiden parti
Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama ada akan turun menyertai himpunan
berkenaan atau tidak.
Bagaimanapun PAS tetap menyokong tuntutan himpunan berkenaan.
"Dari sudut tuntutan Bersih 4.0 itu memang kita sokong. Itu dasar umum
mahu PRU bersih dan telus tapi bagaimana hendak memperjuangkannya, parti
masing-masing ada pendekatan sendiri. PAS tunggu Presiden isytihar
nanti,” katanya.
Hadi Ahad lalu memaklumkan bahawa PAS tidak membenarkan ahlinya
menyertai himpunan Bersih 4.0 sebaliknya menghantar 3 wakil parti
berkenaan dengan alasan himpunan berkenaan bukan dianjurkan PAS.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment