Ia berikutan kerajaan negeri yang ditadbir DAP telah menggunakan kuasanya untuk meletakkan tema ‘Bersih’ bagi menyebarkan lagi ideologi politik mereka dalam kalangan anak muda.
“Mereka nak tunjuk sangat yang mereka ni berkuasa, tak nak mengikuti tema kebangsaan, cakap nak bekerjasama dengan Kerajaan Pusat dalam banyak hal, tapi mereka gunakan kesempatan pada hari meredeka ni untuk mempromosi ideologi politik mereka.
“Saya sokong tindakan kementerian untuk melarang pelajar menyertai sambutan tersebut kerana pada tindakan kerajaan negeri itu adalah sangat melampau,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my
Terdahulu, Sekolah di Pulau Pinang diberi arahan supaya tidak menyertai sambutan Hari Merdeka bulan ini anjuran kerajaan negeri pembangkang sehingga arahan lain dikeluarkan berikutan tema tahun ini yang ‘sensitif’.
Difahamkan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP akan menggunakan tema ‘Bersih’ bagi sambutan Hari Merdeka peringkat negeri tahun ini, dimana acara sambutan itu akan diadakan di bahagian seberang Pulau Pinang pada 31 Ogos.
“Saya kesal kerana mereka nak gunakan anak muda kita hanya kerana nak kempen Bersih di Kuala Lumpur, pelajar-pelajar ini didoktrinkan dengan ideologi mereka, mereka menggunakan kuasa sebagai kerajaan negeri.
“Tolonglah hentikan implikasi yang tidak baik kepada perkembangan anak-anak muda, kalau nak letak tema ‘perpaduan’ pun tak apa, tema ‘Bersih’ itu memang tidak bersesuaian kerana itu adalah tema mereka untuk berdemonstrasi di jalanan,” ujarnya lagi.
Keseluruhan pelajar dan tenaga pengajar di Pulau Pinang dilarang untuk menyertai sambutan Hari Kemerdekaan Ke-58 yang dianjurkan kerajaan negeri.
Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Osman Hussain berkata, ia susulan tema Hari Kemerdekaan ditetapkan kerajaan DAP Pulau Pinang iaitu Bersih bertentangan dengan Kerajaan Persekutuan.
"Kita tidak mahu institusi pendidikan di negeri ini dicemari, dibayangi atau dikaitkan dengan pemikiran tidak sihat yang diketengahkan pemimpin politik di negeri ini," katanya.
No comments:
Post a Comment