Sunday, August 23, 2015
Tolak Najib Berjaya Jika Hadi Sokong... Tak Boleh Pakai Lim Kit Siang Ni
SHAH ALAM : Kempen Selamatkan Malaysia menerusi usul undi tidak percaya
terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang Dewan Rakyat
pada Oktober ini hanya boleh dicapai jika Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang memberi jaminan kesemua Ahli Parlimen Pas menyokong
sebulat suara usaha tersebut.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menegaskan usul itu boleh selamat jika
sekurang-kurangnya 78 Ahli Parlimen pembangkang bersatu untuk
menyokongnya dan selebihnya daripada Ahli Parlimen Umno dan BN.
“Walaupun bekas PR (DAP, PKR dan Pas) mempunyai sejumlah 88 Ahli
Parlimen, adalah kurang bijak untuk sesiapa sahaja menyangka bahawa
kesemua 21 Ahli Parlimen Pas akan menyokong usul itu kecuali ia dengan
jelas disebut oleh Abdul Hadi sendiri.
“Kita juga tidak boleh menjangka sekurang-kurangnya 35 Ahli Parlimen
Umno dan BN bersedia menyertai (bergabung) pembangkang untuk menyokong
usul itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
berkata, beliau mempunyai bukti mengenai komplot menggulingkan kerajaan
iaitu dokumen akuan bersumpah yang menyasarkan 37 Ahli Parlimen BN.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan, dokumen itu juga
disiapkan untuk ditandatangani oleh 87 Ahli Parlimen pembangkang dan
satu daripada Bebas.
Dalam pada itu, Kit Siang juga berkata, cadangan menarik daripada bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pembangkang menyokong
usul undi tidak percaya, sementara mengekalkan BN terus berkuasa telah
membuka pekung mereka sendiri tentang hala tuju Malaysia pada masa akan
datang.
“Adakah terdapat undi tidak percaya terhadap Najib sebagai Perdana
Menteri dan apa-apa usul yang mungkin berjaya apabila Parlimen bersidang
semula pada 19 Oktober?
“Cadangan menarik Mahathir akan menjadi titik permulaan yang baik untuk menerokai apa-apa kemungkinan,” katanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment