Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Monday, August 17, 2015
Zaman Tun M Pun Duit UMNO Tak Masuk Akaun Parti
Menurut pengakuan bekas Perdana Menteri,
Tun Mahathir Mohamad dalam blognya chedet.cc pada 2008, ketika beliau
meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan menyerah kuasa kepada Datuk
Seri Abdullah Badawi (kini Tun) pada 2003, sejumlah RM 200 juta wang
tunai milik UMNO, diserah kepada Abdullah.
Selain tunai, turut diserahkan ialah saham-saham dan harta milik UMNO yang keseluruhannya berjumlah RM 1.4 billion.
Kita yakin bahawa wang ini tidak
disimpan di dalam akaun parti sebab itulah ia perlu ‘diserahkan’ kepada
Abdullah secara berasingan. Kalau wang itu duduk dalam akaun parti,
tidak perlu serah menyerah ini semua.
Ini bukti bahawa ketika beliau menjadi
Presiden UMNO pun, wang parti tidak dimasukkan dalam akaun parti. Agak
hairan kenapa sekarang beliau dan macai-macainya bertubi-tubi mendesak
Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab kenapa wang RM 2.6 billion pada
tahun 2013, tidak dimasuk dalam akaun parti, sebaliknya akaun peribadi.
Jika jawapannya wang RM 200 juta (yang
diserah kepada Abdullah), dipegang oleh pemegang amanah yang dilantik
(seperti mana termaktub dalam perlembagaan UMNO), maka apa bezanya
dengan wang yang dimasukkan ke dalam akaun Najib?
Najib selaku Presiden parti juga dibenarkan perlembagaan UMNO menyimpan wang parti atas namanya sendiri.
Seperti mana harta dan wang tunai UMNO
dipegang pemegang amanah atas nama mereka sendiri pada zaman Tun
Mahathir. Mana-mana satu pun tak masuk akaun partilah ceritanya
sekarang ni. Bolehlah kiranya wang parti tak masuk akaun parti, jadi
buat apa nak bising sekarang, amalan ini dah berjalan dari dulu pun.
Najib buat pengetahuan semua, tidak ada
keperluan dari segi undang-undang untuk menjelaskan dari mana dan kemana
wang itu pergi kerana seperti yang disebutkan ia adalah derma politik.
Semua parti politik di negara ini pun menerima derma politik, nak dedah
atau tidak sahaja itu persoalannya.
Dalam kes RM 2.6 billion ini, Najib kita
percaya dikhianati orang kepercayaannya ketika itu yang membocorkan
maklumat tersebut kepada media asing seperti WSJ dan media penipu
seperti Sarawak Report, bukan beliau suka-suka dedah.
Kita pun tidak desak Tun M menjelaskan
benarkah wang UMNO ketika itu (2003) hanya berjumlah RM 200 juta sahaja,
kalau lebih macam mana? Desak pun tidak guna kerana sama seperti
sekarang, tidak ada keperluan undang-undang untuk mendedahkan dana
politik kepada sesiapa.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment