Thursday, October 01, 2015
Ada Ke Sesiapa Mati Tak Cukup Tidur Kerana Pembesar Suara Di PP?
Toleransi antara agama di negara ini
nampaknya semakin hilang sejak DAP mula dapat pengaruh hasil bantuan
parti-parti politik macam PKR dan PAS (kini diteruskan oleh Amanah).
Mula-mula dulu cover juga, sekarang dah
tak boleh nak selindung-selindung lagi dah. Demi nak bendung kemarahan
orang cina kerana arahan untuk bunuh anjing jalanan akibat penyakit
anjing gila, DAP macam jadikan aktiviti keagamaan di surau/masjid
sebagai mangsanya.
Semua aktiviti agama di masjid/surau
yang menggunakan pembesar suara kini dah nak diharamkan oleh DAP di
Pulau Pinang termasuk bacaan Al-Quran. Memang Majlis Fatwa negeri yang
putuskan, tapi orang-orang yang menganggotai majlis ini masih orang yang
sama, kecuali beberapa orang yang dilantik atas kapasiti politik oleh
kerajaan negeri.
Kenapa dulu takde masalah, sekarang ada masalah?
Logiknya disini, Islam dah wujud sejak
beratus-ratus kalau tak beribu-ribu tahun di negara kita ni. Pembesar
suara untuk kegunaan aktiviti agama di masjid dan surau pulak dah
berpuluh-puluh tahun digunakan tanpa sebarang masalah.
Nak masuk 60 tahun negara kita merdeka, dah nak masuk beratus tahun nenek moyang bangsa-bangsa lain berhijrah ke negara ini, belum ada kes sesiapa mati tak cukup tidur kerana bacaan Al-Quran di surau dan masjid.
Tak tahulah kalau di Pulau Pinang
sekarang sudah ada kes, ada ke? Kalau ada, siapa, boleh namakan satu? Islam adalah agama persekutuan, dijamin oleh perlembagaan, suka tak
suka itulah keadaannya.
Nak kira gangguan, macam-macam gangguan
oleh amalan agama lain yang boleh kita sebut tapi atas nama toleransi,
kita serap semua ‘gangguan’ tersebut, tak jadikan masalah pun. Itu yang
kita amalkan sejak dulu, itulah yang kita amalkan hari ini. Toleransi
itu kata kuncinya.
DAP ternyata gagal menghayati toleransi
ini. DAP ternyata tak boleh menguruskan toleransi antara agama dan kaum
di negara ini kerana memang sukar bagi parti yang dibarisi hampir
keseluruhan orang Kristian berketurunan cina ini nak menjamin keadilan
untuk semua kaum, bangsa dan agama.
Hanya BN sahaja yang boleh.
Pun begitu persoalannya apa selepas ini?
Apa lagi yang nak diharamkan untuk jaga keselesaan dan hak asasi
manusia sesetengah orang?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment