Thursday, October 01, 2015

Proton : Kenapa Perodua Tidak Pernah Salahkan Kerajaan?

perodua_new_logo1
Ada sedikit pelik bila bekas Perdana Menteri yang kini jadi Pengerusi Proton (ada kata pemilik sebenar), Tun Mahathir Mohamad menuduh ia adalah salah kerajaan Malaysia sehingga Proton tidak berkembang.  Sama macam isu 1MDB, yang di dakwa Mahathir sebagai salah kerajaan itu adalah dalam bab melindungi industri automatif negara kita – benda ni dia dah banyak kali sebut tapi buktinya tiada.

Mungkin Mahathir terlupa kewujudan Perodua, syarikat pengeluar kenderaan nasional tempatan kedua yang melancarkan produk pertamanya, Perodua Kancil pada 1994, hampir 10 tahun selepas Proton melancarkan model pertamanya pada tahun 1985.

Sehingga sekarang kita tidak mendengar Perodua ada mengeluarkan apa-apa kenyataan yang menyalahkan kerajaan dalam apa-apa hal pun sekalipun mereka dan Proton berada di bawah dasar kerajaan yang sama, Dasar Automatif Nasional (DAN).

Mungkin antara lain kerana Perodua menguasai 33% jualan kenderaan tempatan, nak bising buat apa ye tak?  Myvi sebagai contoh masih pegang rekod jualan kenderaan tempatan terbanyak dan sekarang kedudukan itu sedang dihampiri rapat oleh Axia, juga keluaran Perodua.

Bagaimana Perodua boleh, Proton tak boleh?

Isunya disini ialah bukan jenis kereta macam mana yang Perodua keluarkan berbanding Proton tapi keupayaan mengenal pasti produk automatif bagaimana yang sesuai dengan rakyat Malaysia.  Sesuai dalam erti kata dari segi harga, khidmat sokongan selepas jualan dan lain-lain lagi.

Orang bila nak beli kereta, dia fikir bab itu, bukan segmen kereta macam mana Perodua buat, segmen kereta  mana Proton buat, mereka fikir tentang kesesuaian hidup mereka, kemampuan membayar dan sebagainya.

Dalam perkara ini Proton kena buat banyak peningkatan, bukan Pengerusinya asyik nak salahkan kerajaan.  Kerajaan ada banyak benda lain nak difikirkan dari beri perhatian kepada syarikat kereta yang sudah 30 tahun wujud, bukan 2 atau 3 tahun.

Kita boleh lihat, dalam kes Proton, terlalu banyak tumpuan, wang dan masa dihabiskan kepada R&D sedangkan sedikit sangat diberikan kepada mengenalpasti pasaran. Ini masalah yang biasa berlaku kepada syarikat yang terlalu bergantung kepada perlindungan kerajaan, bila perlindungan itu dah takde, asyik nak kompen saja kerjanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment