Thursday, October 01, 2015
China & Cina: Orang DAP Perlu Henti Putar Belit Isu Perkauman
Insiden memalukan membabitkan Duta China
ke negara ini, Huang Huikang sepatutnya tidak berlaku kalau orang-orang
DAP tertentu tidak memutar belitkan kenyataannya mengenai negara China
dan orang cina di Malaysia.
Muktahir ini, banyak perkembangan
menunjukkan bahawa ia adalah salah orang-orang DAP tertentu menafsir
ucapan Huikang dalam majlis di Jalan Petaling tersebut sehingga perkara
ini berlaku, sedangkan beliau (Huikang) dan negara China sendiri tidak
melakukan sebarang kesalahan.
Kita pernah sebut, ketika orang cina
Indonesia dibunuh secara beramai-ramai pada tahun 1998 pun, China tidak
menghantar tenteranya untuk menyelamatkan mereka, bahkan orang cina
Indonesia yang terselamat pada ketika itu juga tidak lari ke China tapi
sebaliknya ramai berlindung di Pulau Pinang yang ketika itu masih
dibawah BN.
Itu pembunuhan beramai-ramai, pun China
tidak masuk campur, inikan pulak ancaman perhimpunan oleh kumpulan Baju
Merah. Polis di Malaysia ini pun sudah lebih dari cukup untuk
menyelamatkan peniaga cina yang menjalankan perniagaan disitu kalau pun
perhimpunan itu berlaku seperti mana pada 16 September lepas.
Cina Indonesia (begitu juga cina
Malaysia) bukan rakyat China, dia nak masuk campur buat apa? Lainlah
kalau warganegara China yang kena, itu mungkin cerita lain. Ada 1.4
billion rakyat China yang nak difikirkan kerajaan China, lagi nak fikir
rakyat negara orang lain sekalipun sama etnik dan keturunannya di tempat
lain dalam dunia?
Mana ada logiknya.
Justeru, tindakan perlu diambil ke atas
orang-orang DAP yang berkenaan, kita dah sebut awal lagi. DAP bukan
cina, cina bukan DAP katanya tapi dalam hal-hal macam ini nampak
tanggapan yang bermain di kepala ramai orang itu memang betul.
Sebab itu dalam isu berkaitan orang
cina, DAP yang lebih dulu ke depan, bukan sangat mempertahankan tapi
lebih kepada nak mengambil kesempatan.
Kedutaan China pun selepas ini perlu
menyenarai hitamkan orang-orang DAP yang berkenaan dari menghadiri
majlis rasmi yang dihadiri Dutanya. Ini bagi mengelakkan kejadian serupa
berulang di masa hadapan yang mana boleh mendatangkan mudarat lebih
dari kebaikan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment