Thursday, October 01, 2015
Ancaman Terhadap Khutbah Bukti Dap Gemar Main Sentimen Keagamaan
TEMERLOH : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk
Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, ancaman Dap yang mahu mengambil
tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa agama negeri Pahang
secara tidak langsung menunjukkan penentangan terbuka Dap terhadap Islam
dan sentiasa cuba memainkan sentimen keagamaan pada setiap masa.
Baru-baru ini Dap Pahang memberi tempoh selama lima hari terhadap
Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) untuk memohon maaf berhubung
teks khutbah Aidiladha yang kononnya didakwa menuduh Dap sebagai
menentang Islam.
Menurut Syed Ibrahim yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian
Kerdau, ahli Dap Melayu yang terganggu dengan intipati khutbah itu
seharusnya menunjukkan hujah bahawa tuduhan dan sindiran terhadap mereka
itu tidak benar dengan kaedah yang lebih berdiplomasi.
“Meragui kredibiliti alim ulama dan cendekiawan Islam yang menggubal
teks khutbah tersebut adalah seperti juga mempunyai kefahaman terhadap
agama yang lemah. Saya berharap semua pihak
tidak kira dari kalangan penyokong kerajaan ataupun pembangkang untuk
sama-sama melihat intipati khutbah Aidiladha tersebut dengan perkspektif
yang membina.
“Khutbah adalah sebuah nasihat, maka tindakan untuk muhasabah diri
amat perlu sesuai dengan seruan dari Allah dan Rasululllah supaya umat
Islam bersatupadu. Ketepikanlah pendirian politik dalam usaha
membulatkan benteng ummah dan Islam itu sendiri.
“Tapi jika Dap mahu mengambil tindakan tiada siapa boleh menahan.
Negara kita mengamalkan keterbukaan dan kebebasan suara berteraskan
demokrasi,” ujarnya kepada pihak media.
Tambah beliau, sekiranya teks khutbah itu diteliti, ia sebenarnya merangkumi semua pihak dan tidak hanya menjurus kepada Dap.
Jelasnya lagi, penggubalan teks yang agak politikal itu berkait rapat
dengan kebimbangan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman dan
Institusi Mimbar di atas pergeseran dan jurang perpisahan yang semakin
ketara di kalangan umat Islam.
“Nasihat melalui khutbah yang bernada agresif dan keras kali ini
memberi tanda bahawa Institusi Mimbar tidak lemah dan tidak goyah dalam
menyatakan kebenaran.
“Saya berharap semua masjid seluruh Pahang akan terus kekal dan tetap
menggunakan teks khutbah yang disediakan dan tidak sama sekali
mengambil kesempatan dengan memanipulasi demi kepentingan politik
kepartian di atas pentas mimbar,” katanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment