Thursday, October 01, 2015
Nobat Anwar Sebagai Bakal PM : Pakatan Harapan Baharu Yang Bermodalkan Produk Lapuk
KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi
Zainul Abidin melihat pakatan harapan sebagai pakatan lapuk setelah
menamakan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai
Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan
raya umum akan datang.
Menurut beliau nampak jelas perjuangan mereka sebenarnya adalah
sekadar untuk menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri dan bukannya
membentuk pakatan baru demi kepentingan dan keutamaan rakyat.
“Ingatkan dengan membentuk pakatan baru adalah muka-muka baru untuk
diangkat sebagai pimpinan utama. Alih-alih Anwar juga yang diangkat dan
dijanjikan sebagai Perdana Menteri sekiranya berjaya menawan Putrajaya
dalam pilihan raya umum akan datang.
“Tidak salah untuk menjanjikan sesiapa sahaja namun dalam konteks
berkenaan carilah pemimpin lain dan kemukakanlah pimpinan baru yang
sejajar dengan pakatan baru yang digerakkan tanpa penyertaan Pas itu. Tindakan itu juga memperlihatkan mereka mempromosi produk lapuk semata-mata.
“Bukanlah bermaksud memperkecilkan Anwar Ibrahim ataupun sesiapa
sahaja namun biarlah seiring dengan apa yang diwar-warkan menerusi
pembentukan gabungan pakatan baru berkenaan,” katanya kepada pihak media, di sini, hari ini.
Sebelum ini dilaporkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
dinamakan sebagai calon Perdana Menteri Malaysia jika gabungan baharu
“Pakatan Harapan” memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Ketetapan itu diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail ketika sidang media pengumuman pembentukan kerjasama baharu
antara parti politik pembangkang.
Datuk Zahidi seterusnya menambah pakatan baru yang digerakkan tanpa
penyertaan Pas merupakan satu tamparan yang cukup besar kepada gerakan
berkenaan dalam arus politik negara.
“Bagaimanakah mereka mahu mengurus tadbir dnegan baik sedangkan di
dalam pakatan pembangkang sendiri pun masih kucar-kacir dan tidak
menadpat kata sepakat. Apa pun kita nak tengok sejauh mana keupayaan
mereka.
“Rakyat boleh lihat sejauhmana kebolehan mereka bergerak tanpa Pas
berada di dalam posisi pakatan lapuk berkenaan. Nampak luarannya baru
tetapi isi dalamnya tetap sama. ” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment