Thursday, October 01, 2015
Duta China Selesai Bertemu Hamzah, Berjaya Elak Pemberita
PUTRAJAYA : Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang selesai mengadakan
pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainudin yang memangku tugas Menteri
Luar, Datuk Seri Anifah Aman di sini.
Mesyuarat tersebut yang berlangsung lebih dua jam, diadakan di pejabat Hamzah di KPDNKK di sini.
Pertemuan itu diadakan kerana kerajaan Malaysia memohon penjelasan
mengenai kenyataan yang dibuat semasa lawatan beliau ke Petaling Street
pada Jumaat lalu.
Beliau tiba di pejabat Hamzah kira-kira pukul 11.40 pagi Isnin.
Dr Huang berjaya mengelak daripada ditemui pemberita yang menunggu
beliau sejak dari awal pagi dengan meninggalkan bangunan tersebut
melalui tingkat bawah tanah.
Seorang pegawai Wisma Putra berkata kementerian itu akan mengeluarkan satu kenyataan selepas ini.
Dr Huang dipetik sebagai berkata bahawa China menentang terhadap mereka
yang menggunakan keganasan untuk mengganggu ketenteraman awam, yang
jelas merujuk kepada ancaman oleh kumpulan tertentu untuk mengadakan
demonstrasi di Petaling Street.
"Kerajaan China menentang keganasan dan sebarang bentuk diskriminasi
terhadap kaum dan sebarang bentuk ekstremisme," katanya kepada pemberita
semasa lawatan ke Petaling Street.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment