Thursday, October 01, 2015
Jerebu : "Jadi, Mengapa Mesti Meminta Maaf?" - Naib Presiden Indonesia
Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla berkata, Indonesia tidak perlu
memohon maaf atas kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera dan
Kalimantan sehingga menyebabkan jerebu di beberapa negara jirannya.
Dalam kenyataan itu, Jusuf berkata apa yang perlu dilakukan oleh
Indonesia adalah mengatasi masalah itu supaya kejadian yang sama tidak
berulang lagi.
"Berapa lama mereka (negara jiran) nikmati udara segar daripada kawasan
hijau dan hutan-hutan kita semasa ia tidak terbakar? Berbulan-bulan.
Adakah mereka berterima kasih?
“Tetapi, semasa terjadinya kebakaran hutan paling lama sebulan,
asap-asap itu cemari wilayah mereka. Jadi, mengapa mesti meminta maaf,"
katanya memetik laporan MalaysiaKini.
Tambah Jusuf, salah satu punca kebakaran hutan adalah permintaan dari
beberapa syarikat milik negara-negara jiran yang turut mengalami jerebu.
Katanya, syarikat dari negara tersebut menebang dan membakar hutan bagi
mengosongkan tanah untuk tujuan perladangan dan perniagaan.
Memetik laporan portal berita Indonesia, Kompas, Jusuf pernah memberi
kenyataan yang sama pada tahun 2005 dan 2007 ketika memegang jawatan
yang sama.
Malah, Jusuf turut memberi kenyataan yang sama ketika bertemu Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Hamidi pada 18 September lalu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment