Thursday, October 01, 2015
Parti Berstatus Haram Galak Anjur Aktiviti Parti Secara Terbuka
Sungguhpun mendakwa mereka menggunakan pendaftaran yang sedia ada; Parti
Pekerja-Pekerja Malaysia, namun organisasi ini bukanlah sebuah parti
politik, tetapi parti yang memperjuangkan hak-hak pekerja; mirip kepada
kesatuan sekerja.
Jika mahu juga menjenamakan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia, adalah
menjadi tanggungjawab Mat Sabu dan kuncu-kuncunya untuk meminda
perlembagaan parti tersebut, dan diubah selari dengan ciri-ciri parti
politik.
Oleh yang demikian, kelulusan untuk penjenamaan semula bukan semudah
menukar nama semata-mata, seperti mana kelaziman yang menjadi santapan
halwa telinga ini tatkala menikmati aroma kopi kala malam hari.
Mungkin tidak ramai yang tahu, betapa beruntungnya menjadi organisasi
berstatus “haram” di Malaysia, kerana cukup dengan hanya gimik
pelancaran dan liputan media, maka segala aktiviti parti secara terbuka
sudah boleh bermula.
Itulah yang berlaku ke atas beberapa organisasi seperti BERSIH dan juga
Parti Amanah Negara. Tanpa perlu kelulusan pun, mereka sudah boleh
bergerak bebas. Jangan hairan kalau selepas ini, Parti Amanah Negara
(berstatus “haram” ketika ini) menganjurkan himpunan Jingga minggu
hadapan, tanpa peduli samada diluluskan atau tidak. Jangan pula
terkesima jika mereka beri alasan, aktiviti parti saban minggu
dianjurkan dan tidak pernah ada halangan oleh pihak berkuasa, mengapa
tidak boleh anjurkan himpunan Jingga pula?
Ketika kita tahu orang kita cukup bertolak ansur dan bertimbang rasa,
rasanya ciri-ciri tersebut tidak sesuai diaplikasikan oleh pihak
berkuasa. Dengan memberi ruang dan peluang, ia sebenarnya hanya akan
memakan diri sendiri.
Sedang undang-undang bersifat konsisten dan “precedent”, maka dengan
membiarkan mereka meneruskan aktiviti parti seolah-olah organisasi
mereka berstatus “sah”, maka jangan hairan jika nanti mereka ibarat
“sudah dapat betis, mahu peha pula”.
Untuk kader-kader Parti Amanah Negara (berstatus “haram”) pula, jangan
hendaknya kelak nanti menuduh kerajaan zalimi parti mereka.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment