Thursday, October 01, 2015
Kain Rentang Parti Bikini Cetus Kontroversi
GEORGETOWN : Kain rentang parti bikini dipasang di Juru, Seberang Perai
Tengah, yang akan diadakan di sebuah kelab malam di Pulau Pinang heboh
diperkatakan di media sosial.
Berdasarkan status yang dimuat naik pemilik akaun Facebook Muhamad
Fairus Ishak, penulis mempertikaikan kesesuaian penggantungan kain
rentang tersebut yang diletakkan di kawasan yang penduduk majoritinya
Melayu dan berbilang kaum di Juru.
"Apa sudah jadi nie??? Bikini party..banner sexsi boleh buh kat tepi jalan macam tu ja ka??...agak-agak lah nak buat..."
Gambar itu kemudian mendapat perhatian pengguna laman sosial lain dan
dipercayai dikongsi sebuah blog, http://penang-kini.blogspot.my.
Dalam blog itu, penulis mempertikaikan kain rentang berkenaan yang tidak
menghormati penganut agama Islam dan kerajaan negeri gagal memantau
pemasangan kain rentang itu.
Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama, Datuk Abdul Malik Abul Kassim
berkata, kain rentang itu sudah ditanggalkan oleh penganjur setelah
dinasihatkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), petang Jumaat
lalu.
“Parti yang dicadangkan dianjurkan pada 1 Oktober ini juga dibatalkan.
Penganjur juga dipanggil untuk memberi penjelasan lanjut berhubung
perkara itu oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Biarkan pihak PBT menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan
sewajarnya kepada individu berkenaan jika melakukan sesuatu yang
melanggar undang-undang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten
Komisioner Rusli Mohd Noor mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang
laporan berkaitan kain rentang terbabit.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment