Thursday, October 01, 2015
Kelajuan Internet : Salleh 'Tibai' Kit Siang Yang Cakap Kosong
Ulasan tanpa fakta pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang mengenai kelajuan
internet di Malaysia menarik perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Melalui blognya, Salleh menulis Kit Siang mungkin tidak sedar tentang
pelbagai kelajuan Internet yang boleh dipilih rakyat Malaysia apabila
beliau merungut tentang internet yang perlahan di negara ini.
Menurut Salleh, di Malaysia, seseorang itu malah boleh memilih kadar 20
megabit sesaat (Mbps) jika mereka mahukan perkhidmatan Internet kelajuan
lebih tinggi, kata Salleh, ketika menyangkal dakwaan Anggota Parlimen
Gelang Patah itu bahawa beliau tidak prihatin dengan kelajuan Internet
Malaysia yang lemah.
"Sebenarnya terdapat pelbagai kadar kelajuan Internet yang boleh dipilih
rakyat Malaysia namun begitu kira-kira 71 peratus daripada pengguna
Internet Malaysia lebih menyukai pakej jalur lebar Streamyx yang lebih
perlahan dengan menawarkan kelajuan antara 384 Kbps sehingga 1 Mbps,"
katanya.
Bagaimanapun, Salleh berkata meskipun kelajuan jalur lebar yang lebih
tinggi boleh didapati, namun majoriti pelanggan akan melanggan pakej
lebih murah, justeru lebih perlahan.
Mengambil maklum bahawa beberapa negara termasuk Singapura dan Thailand
mempunyai pelbagai kelajuan Internet sehingga 5Mbps, Salleh berkata
Malaysia juga boleh meningkatkan kelajuan internet ke tahap yang sama,
sekali gus menjadikan rakyat Malaysia membeli pakej kelajuan lebih
tinggi.
"Tetapi itu bermakna kos akan turut menjadi lebih tinggi dan penggunaan
Internet akan dinikmati hanya oleh mereka yang mampu membayarnya.
"Jadi kesudahannya ia berbalik kepada soal kemampuan dan Malaysia
menawarkan Internet yang mampu dibayar oleh mereka yang mahu
memanfaatkannya manakala Internet berkelajuan lebih tinggi pula kepada
golongan yang pada mereka wang bukanlah satu masalah," katanya.
Sambil membidas Lim kerana hanya bercakap tentang kelajuan, Salleh
berkata tumpuan Malaysia adalah kelajuan, liputan dan kemampuan.
"Kami mahu memastikan bahawa pada tahun 2020 sekurang-kurangnya 95
peratus daripada rakyat Malaysia akan mempunyai akses kepada Internet.
Kami juga mahu memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kawasan
bandar dan 20 peratus daripada kawasan luar bandar mempunyai kelajuan
jalur lebar 100 Mbps," katanya.
Mengambil kesempatan daripada laporan berita berhubung kedudukan
Malaysia yang lemah dari segi kelajuan Internet, Kit Siang dilaporkan
menyindir Salleh dan kecenderungan beliau menulis dalam blog untuk
mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukan
memberi tumpuan kepada infrastruktur Internet Malaysia.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment