Tuesday, October 06, 2015

Pas, Amanah 
Terus Bercakaran

ust-idris-ahmad
KUALA LUMPUR : Belum reda isu perpecahan dalaman, Pas terus-menerus dihimpit petaka apabila terpaksa pula berdepan masalah tuntutan ‘harta sepencarian’ sebaik sahaja berpisah dengan serpihannya, Parti Amanah Negara (Amanah).

Sifat ‘agresif’ Amanah yang di­pimpin Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu dalam perkara ini terbukti apabila parti itu mengambil alih dua markas iaitu di Pontian dan Bakri, Johor, yang selama ini diwakafkan kepada Pas.

Berang dengan tindakan tersebut, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, wakaf bukan harta sepencarian yang boleh difaraidkan.

“Wakaf ialah berhenti, menahan, menghalang. Ertinya harta berke­naan ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah.

“Apabila wakaf khas seperti orang wakaf kepada Pas, maka ia milik Pas. Kalau orang wakaf untuk sekolah, maka ia hanya milik sekolah,” katanya sebagaimana dipetik menerusi laman Facebook milik­nya hari ini.

Semalam, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed menuduh parti Amanah sebagai tidak amanah selepas dua markas Pas di Pontian dan Bakri dirampas oleh serpihan Pas itu.

Bagaimanapun, tuduhan itu se­gera dinafikan Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad apabila mendakwa, pihaknya ha­nya mengambil alih selepas markas itu diwakafkan kembali kepada Amanah oleh pemilik asalnya.

Beliau turut memaklumkan, Amanah telah menubuhkan Jawatan­kuasa Pengurusan Aset yang terdiri daripada kalangan peguam dan perunding hartanah bagi menangani isu membabitkan ‘harta sepencarian’ di Johor.

Dalam pada itu, Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang memberi amaran kepada Amanah jangan bermain dengan murka Allah SWT walaupun dari segi perunda­ngan, parti tersebut mungkin boleh merampas semula markas Pas.

“Mungkin dari segi pentadbiran mereka boleh ambil balik, tetapi dengan Allah tidak terlepas. Sejarah membuktikan orang yang makan harta wakaf tidak selamat di dunia dan di akhirat,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment