Tuesday, October 06, 2015

TPP : Kisah Benar Jangan Langgar Kepala Lutut Mereka Berterusan…

Jerebu pun boleh hilang sekelip mata bila dengar dan baca pembohongan yang mula tersebar sejak malam tadi melalui applikasi komunikasi di telefon bimbit dan di media sosial.

Sembang deras, terpacul segala caci maki dan hamun ke atas Perdana Menteri Najib Razak, gara-gara kisah kononnya kerajaan sudah menandatangani perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPP). Walhal, perkara tersebut hanyalah berstatus fitnah semata-mata.

Apa yang kita perlu tahu bahawa pihak-pihak terlibat dengan TPP telah bersetuju untuk mengambil kira hampir semua kebimbangan dan sensitiviti Malaysia terutamanya dalam bidang perolehan kerajaan, syarikat milik kerajaan (GLC) dan isu-isu bumiputera.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, unsur-unsur kelonggaran diberikan kepada Malaysia termasuk tempoh peralihan lebih lama dan layanan berbeza untuk perkara-perkara sensitif di negara ini.
tppa good or bad
Hakikatnya, Malaysia tidak akan terlibat dalam perjanjian tersebut jika ia melanggar Perlembagaan negara atau menjejaskan dasar-dasar teras yang dimulakan oleh kerajaan untuk memberi manfaat kepada rakyat.

Yang sudah selesai hanyalah rundingan berkenaan dengan TPP. Proses seterusnya adalah dengan membawa dokumen rundingan pulang ke Malaysia untuk dibahaskan di Parlimen.

Itu perbezaan di antara rundingan tentang perjanjinan, dengan menandatangani perjanjian. Kerajaan hanya akan menandatangani perjanjian tersebut selepas perkara-perkara yang terkandung di dalam rundingan dibahaskan dan dipersetujui oleh majoriti di parlimen kelak. Itu janji dan komitmen kerajaan ke atas TPP.

Sering memantau dialog dan mengemaskini maklumat terkini berkenaan TPP kepada Perdana Menteri Najib Razak, Datuk Seri Mustapha Muhamed menegaskan;

“Sama ada Malaysia menandatangani TPPA (atau tidak) hanya akan diputuskan selepas perbincangan penuh dan meluas di dalam negara. Biar saya tegaskan bahawa sama ada Malaysia akan terlibat dalam TPPA, ia akan menjadi keputusan kolektif.”

Kita harap, selepas ini jangan lagi timbul fitnah kononnya kerajaan sudah pun menandatangi TPPA sebelum dibentangkan di Parlimen.

Kadang-kadang ada rasa kasihan kita kepada mereka-mereka yang dikuasai ketaksuban dan kebencian. Dek penangan aura negatif seperti itu, mereka seringkali mempamerkan sifat buruk yang semulajadi lahir dari naluri dan hati mereka.

Samada tidak faham, tidak sedar, atau bodoh melantun-lantun, kita serahkan kepada anda semua untuk menilai. Yang penting, sentiasalah berhati-hati untuk tidak terlanggar kepala lutut mereka, kerana disitulah terletaknya otak mereka.

Jangan lupa mengikuti setiap perincian berhubung TPP apabila dibentang di parlimen kelak. Semoga para pembaca yang budiman terlindung dari aura negatif kebodohan melampau golongan-golongan yang kita maksudkan tadi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment