Thursday, January 07, 2016
Asal Kerala Tulisan Cina Malaysiakini
Kita tidak tahu apa kriteria yang digariskan oleh pihak editorial
Malaysiakini terhadap wartawan atau penulis di laman portal berkenaan,
namun mungkin mereka tidak menitik beratkan soal kriteria pemahaman
bahasa Melayu dengan baik.
Merujuk kepada artikel sinis sebelum ini bertajuk ‘Beliau Tahu Rahsia
Zahid, Tapi Semua Orang ‘Tak Tahu’ Rahsia Beliau…’, kita sedikit pun
tidak memasukkan elemen perkauman di dalam artikel berkenaan terhadap
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaikan ‘nasi tambah’, portal pro-pembangkang itu sesuka hati
memasukkan elemen ‘batu api’, kononnya Tun M berasal dari Kerala, India.
Cuba rujuk pada artikel asal yang ditulis, apakah wujud sebarang
perkataan yang menunjukkan kononnya di dalam ruangan ini menuduh Tun M berasal dari Kerala?
Tapi itulah ‘permainan’ Malaysiakini. Lain yang ditulis, lain pula
yang dilaporkan. Kita sememangnya difahamkan bahawa ramai menteri dan pemimpin
kerajaan yang mengalami masalah yang serupa seperti ini.
Lebih memalukan, Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hasan Tantawi
pun pernah mengatakan portal pro-pembangkang itu kerap menyiarkan
tulisan 80% spin dan kenyataan yang sering diputar belitkan.
Jadi, kita serahkan pada pembaca untuk menilai sendiri portal berkenaan dan laporannya yang menjengkelkan itu…
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment