Thursday, January 07, 2016
Parti Mana Lebih Relevan… DAP, PKR, PAS Atau Amanah? Realitinya Semua Tidak Relevan
KUALA LUMPUR : Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk
Ismail Kijo berkata senario perbalahan pembangkang yang kini
dilihat saling menyalahkan antara satu sama lain serta mendakwa parti
masing-masing lebih relevan berbanding yang lain memperlihatkan
kecelaruan dan ketidaksefahaman yang semakin meruncing di kalangan
parti-parti politik pembangkang.
Menurut beliau, konflik dan krisis di antara parti-parti
pembangkang kini semakin berlarutan seolah-olah tidak ada jalan
penyelesaiannya sehingga menyebabkan rakyat termasuk ahli-ahli dan
penyokong mereka sendiri menjadi bingung dan keliru.
“Bagi saya konflik dan krisis politik pembangkang ini tak
pernah selesai. Sejak dulu mereka tidak pernah sekata dalam apa juga
keputusan. Saya lihat mereka cuba untuk bersatu tetapi malangnya sikap
ego dan mementingkan laba politk untuk kepentingan parti masing-masing
begitu menebal menjadi punca konflik dan tuduh menuduh yang berlarutan
sesama mereka.
“Hari
ini kita lihat parti-parti pembangkang nampaknya saling tuding menuding
jari dan masing-masing cuba memperlihatkan bahawa parti merekalah yang
lebih relevan dan diterima rakyat di negara ini.
“Sedangkan bagi saya, hakikatnya ke semua parti pembangkang
itu tidak relevan untuk memegang tampuk kekuasaan negeri atau negara
memandangkan mereka ini tidak profesional dan tidak bersungguh untuk
membela dan membantu rakyat. Sebaliknya kita lihat hari ini setelah
mendapat kuasa, mereka saling bertelagah sesama sendiri pula,”tegasnya
kepada pihak media di sini hari ini.
Katanya, bagaimana parti-parti pembangkang boleh dianggap
sebagai parti yang relevan untuk mentadbir negara atau negeri di mana
jelas hari ini kepimpinan parti pembangkang yang mendapat kuasa lebih
mementingkan soal politik kepartian mereka berbanding kepentingan
rakyat.
“Macamana kita nak kata pembangkang ini masih relevan
sebagai parti alternatif untuk mentadbir negara. Mereka sendiri pun
kelihatannya begitu caca merba dan tidak tersusun, saling fitnah
memfitnah sesama sendiri, cuba menonjolkan parti masing-masing dengan
memburukkan parti sekutu mereka sendiri dan macam-macam karenah lagi.
“Fokus kerajaan pembangkang untuk membangunkan negeri yang
dikuasai mereka sejak diberikan kuasa saya kira hari ini begitu
terganggu dengan konflik dan krisis dalaman mereka sehingga akhirnya
kepentingan dan kebajikan rakyat mereka letak ke tepi,” ujarnya.
Justeru itu kata beliau, rakyat di negara ini mesti melihat
segala kepincangan dan kecelaruan pembangkang ini sebagai sesuatu yang
tidak sihat dan boleh menjejaskan pembangunan negeri dan kebajikan
rakyat di bawah pemerintahan mereka.
“Saya yakin rakyat sudah mula nampak dengan jelas sikap dan
perangai kepimpinan pembangkang yang sebenarnya. Setelah diberikan
kuasa, nampak mereka sesama sendiri mula berebut-rebut sehingga mula
memburuk-burukkan rakan-rakan sekutu sesama mereka sendiri.
“Sikap yang diperlihatkan oleh pihak pembangkang ini
sebenarnya bukanlah satu perkembangan yang baik dan sihat pembangunan
negeri dan negara, malah tumpuan untuk membantu dan membela rakyat juga
akan terbantut yang pastinya akan memberikan kesan negatif kepada rakyat
secara keseluruhannya,”jelasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment