
Monday, January 11, 2016
Bauksit : Jangan Percaya Selesai Kes Dengan Bayar Orang Tengah – SPRM

KUANTAN : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) meminta orang ramai supaya tidak mempercayai dakwaan bahawa
siasatan berkaitan pelombongan bauksit boleh diselesaikan dengan
membayar wang kepada orang tengah.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata khabar angin
berkaitan pembayaran wang itu telah disebarkan pihak tidak
bertanggungjawab, yang cuba mengambil kesempatan berkaiutan isu
berkenaan.
“Kita menjalankan tugas dengan telus dan profesional. Jangan percaya
khabar angin ini. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada SPRM dan
bukan pihak yang tidak berkaitan,” katanya kepada Bernama di sini, hari
ini.
Azam juga meminta mereka yang mempunyai maklumat berkaitan isu pembayaran atau isu bauksit supaya tampil membantu SPRM.
SPRM kini giat menjalankan siasatan terhadap isu rasuah pelombongan bauksit di sini.
Setakat ini, sembilan individu termasuk enam pegawai Pejabat Tanah
dan Galian (PTG) Pahang telah ditahan reman untuk membantu siasatan.
Suspek disyaki terlibat dalam penjualan Borang Pemindahan Mineral
(Borang 13D) kepada pengusaha lombong haram, dengan siasatan mendapati
borang yang dikeluarkan pejabat PTG pada harga RM1 telah dijual antara
RM150 dan RM200 setiap satu.
Tiga lagi yang ditahan ialah orang awam termasuk seorang wanita,
yang dipercayai terlibat dalam pembayaran wang rasuah bagi melindungi
perlombongan bauksit secara haram.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment