
Monday, January 11, 2016
Semakan Semula Moody’s Bukan Penurunan Penarafan – Wahid

KUALA LUMPUR : Semakan semula prospek penarafan
kerajaan Malaysia kepada stabil daripada positif oleh Moody’s Investors
Service bukan penurunan penarafan, kata Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
“Ia adalah semakan semula prospek yang mencerminkan senario ekonomi global sekarang,” katanya.
Moody’s hari ini mengesahkan penarafan bon tidak bercagar senior
dan penerbit Kerajaan Malaysia pada A3 dan menukar prospek kepada stabil
daripada positif.
Selain itu, Moody’s juga menyemak semula penarafan tiga syarikat
berkaitan kerajaan lain Malaysia Airports Holdings Bhd, Tenaga
Nasional Bhd dan Penerbangan Malaysia Bhd kepada stabil daripada
positif.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment