
Sunday, January 10, 2016
Dana Rakyat Tidak Diguna Untuk Selesaikan Isu 1MDB – Najib
PUTRAJAYA : Dana rakyat tidak digunakan untuk menyelesaian
isu dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Isu 1MDB yang saya janjikan pada rakyat tempoh enam bulan sudah pun nampak penyelesaian.
“Yang kita banggakan penyelesaiannya dalam bentuk bukan MoU
(Memorandum Persefahaman) tetapi dalam ‘agreement’ (persetujuan) yang
ditandatangani dan lebih mustahak ia tidak guna dana rakyat sama sekali.
Ini perlu saya jelaskan,” katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan
Perdana Menteri di sini, Isnin.

Pada
23 Nov lalu, Edra Global Energy Bhd, anak syarikat 1MDB menjual semua
asetnya kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya
(CGN Group) untuk RM9.83 bilion.
1MDB,
Edra dan anak syarikatnya memeterai perjanjian jual beli saham dengan
CGN Group untuk jualan 100 peratus pemilikan dalam semua aset tenaganya,
iaitu Edra Solar Sdn Bhd, Edra Energy Sdn Bhd, Powertek Energy Sdn Bhd,
Jimah Teknik Sdn Bhd, Jimah O and M Sdn Bhd, Mastika Lagenda Sdn Bhd
dan Tiara Tanah Sdn Bhd (syarikat operasi Edra).
Transaksi berkenaan dijangka selesai pada Februari tahun ini.
Pada 31 Dis lalu, 1MDB menandatangani perjanjian jual beli saham
untuk menjual 60 peratus pegangan Bandar Malaysia Sdn Bhd pada RM7.41
bilion kepada konsortium IWH-CREC Sdn Bhd.
Konsortium itu adalah usaha sama 60:40 antara Iskandar Waterfront Holdings IWH dan China Railway Engineering Corp (M) Sdn Bhd.
Najib dalam perutusan tahun baharu 2016 berkata paras hutang 1MDB
telah berkurangan sebanyak RM40.4 bilion berikutan pemeteraian beberapa
perjanjian oleh syarikat itu setakat ini.
Laporan sebelum ini menyatakan paras hutang 1MDB sebanyak RM42
bilion, berdasarkan akaun kewangan yang diaudit setakat 31 Mac, 2014.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment