
Sunday, January 10, 2016
Malaysia Perlu Agresif Tarik FDI Tahun Ini

JOHOR BAHARU : Malaysia perlu agresif menarik pelaburan
langsung asing (FDI) tahun ini memandangkan keadaan ekonomi global yang
mencabar.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa
Mohamed berkata negara juga terpaksa bersaing dengan negara lain dalam
mendapatkan pelaburan khususnya di rantau ini.
“Tahun ini agak mencabar dari segi pelaburan dan dalam kita
agresif menarik pelaburan luar, negara lain juga turut meningkatkan
usaha mereka.
“Jadi kita perlu bersaing dalam menarik pelbagai FDI yang datang
dari seluruh dunia,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat
mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di sini, hari ini.
Mustapa berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sama ada
sasaran pelaburan dijangka terjejas berikutan cabaran ekonomi dunia
yang dijangka lebih hebat tahun ini.
Bagaimanapun, katanya, sasaran pelaburan dalam Rancangan Malaysia
Ke-10 (RMK10) sebelum ini terutamanya pelaburan swasta berjaya melepasi
sasaran iaitu RM148 bilion sehingga RM150 bilion setiap tahun.
Selain itu, berdasarkan angka perdagangan yang dikeluarkan baru-baru
ini turut menunjukkan FDI dan pelaburan swasta masih mantap.
Beliau berkata angka perdagangan keseluruhan tahun 2015 akan dikeluarkan dalam tempoh sebulan lagi.
Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2015 sejumlah RM153.2 bilion
pelaburan dicatatkan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan beberapa
sektor utama.
Bagaimanapun, angka itu lebih rendah daripada RM180 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2014.
Daripada jumlah tersebut pelaburan domestik berjumlah RM124.9 bilion,
iaitu 82 peratus daripada pelaburan, manakala bakinya adalah pelaburan
asing.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment