Thursday, January 07, 2016
Perebutan Kerusi PBT Bukti Pentadbiran PKR Di Selangor Rapuh, Mudah Diugut
KUALA LUMPUR : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang,
Haji Sulaiman Haji Abdul Razak berkata, perebutan kerusi ahli majlis
pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah lambang terhadap pentadbiran
Selangor di bawah Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali yang rapuh dan caca
merba.
Jelasnya, disebabkan itulah maka kerajaan negeri Selangor dan
kepimpinan Azmin boleh diugut dan dimanipulasikan oleh rakan sekutu
mereka sendiri.
“Lihatlah bagaimana parti Amanah yang muncul melalui serpihan parti
Pas dan baru sahaja diwujudkan mampu untuk menuntut itu dan ini.
Walaupun sudah diberikan lapan kerusi namun masih tidak berpuas hati.
“Maka
tidak mustahil selepas ini Amanah akan tuntut lebih daripada kerusi
PBT. Disebabkan Azmin ibarat telur di hujung tanduk maka dia seakan
terpaksa tunduk dengan desakan dan kehendak rakan politik dalam Pakatan
Harapan.
“Persoalannya kini, ke manakah Azmin hendak memandu pucuk pimpinan
kerajaan negeri ini.. hala tujunya… samada tunduk terus kepada Pakatan
Harapan Dap atau kekalkan Pakatan Pembangkang yang dahulunya mendapat
mandat daripada rakyat semasa Pilihan Raya Umum yang lalu,” katanya
kepada pihak media.
Tambah beliau, Kerajaan Negeri Selangor hari ini adalah sebuah
kerajaan yang tidak stabil, rapuh dan menunggu masa untuk rebah malah
rakyat negeri ini tidak boleh menggantungkan harapan kepada kerajaan
negeri sedia ada.
Katanya lagi ini jelas sebagai satu pengajaran kepada rakyat bila
mana pengukuhan politik itu tidak betul-betul kuat sebagai satu
penyatuan komponen maka inilah yang berlaku dan menjadi mangsa adalah
rakyat negeri ini sendiri.
“Jadi, pada saya ini satu suasana yang tidak bagus untuk kerajaan negeri Selangor khususnya untuk rakyat sendiri.
“Malah sekaligus membuktikan bahawa Pakatan Harapan bukanlah pesaing
Barisan Nasional (BN) yang mampu mentadbir dengan selesanya 14 parti
komponen berbanding pembangkang yang baru mempunyai tiga gabungan tetapi
sudah berterabur.
“UMNO sebagai parti tunjang BN mampu membentuk dan mentadbir menerusi
perkongsian kuasa. Walaupun mempunyai pelbagai masalah namun semuanya
berjaya ditangani dalam suasana harmoni dan semangat BN,” katanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment